1] Abu (nama samaran) bagitau tunang dier Siti (juga nama samaran) teringin nak
jumpa nenek Siti. Satu hari, Siti berkesempatan memperkenalkan Sam kepada neneknya.
Sambil duduk menunggu, Abu mengunyah kacang hazelnut sampai abis semangkuk.
Nenek Siti keluar lalu Abu bersalam dengan sopan santunnya sambil berkata, "Maaflah nek,
abis semangkuk hazelnut tu saya makan tadi." Dengan selamba ala salesman budak-budak
pakai tie jual calculator, nenek Siti berkata, "Takpe, Siti memang suka sangat bawakan nenek
coklat kacang hazelnut ni. Gigi nenek takde dah, jadi nenek isap je la coklatnya. Kacangnya nenek
tinggalkan kat mangkuk tu."
2] Nenek Ani dirawat di rumah sakit. Menurut doktornya, asmanya sudah semakin teruk hingga perlu dipasangkan salur oksigen. Sudah beberapa hari dia tidak bercakap dan seperti orang koma. Dikira sudah menjelang ajal, anaknya memangilkan seorang Mudhin (tukang do'a) agar di doakan. Sedang asyik Pak Mudhin berdoa, tiba-tiba muka nenek Ani bertukar warna biru seolah-olah tidak boleh bernafas. Tangannya menggigil. Dengan menggunakan bahasa isyarat nenek Ani minta diambilkan kertas dan alat tulis. Sisa-sisa tenaga yang ada digunakan oleh nenek Ani untuk menulis sesuatu dan memberi kertas tersebut kepada Pak Mudhin.
Sambil terus berdoa Pak Mudhin langsung menyimpan kertas tersebut tanpa membacanya kerana fikirannya dia tidak sanggup membaca surat wasiat tersebut didepan Ani. Tak lama kemudian nenek Ani meninggal dunia. Pada hari ketujuh meninggalnya nenek Ani, Pak Mudhin diundang untuk datang kerumah Ani.
Selesai memimpin do'a, Pak Mudhin berbicara, "Saudara-saudara sekalian, ini ada surat wasiat dari almarhum nenek Ani yang belum sempat saya sampaikan, yang saya pasti nasehat untuk anak cucunya semua. Mari kita sama-sama membaca suratnya".
Pak Mudhin membaca surat tersebut, yang ternyata berbunyi :
"Mudhin jangan berdiri di situ...! Jangan pijak saluran oksigen aku..!"
AISYAH...
Pintu bilik dibuka dengan kuat dan mengejutkan sepasang suami isteri yang sedang tidur nyeyak. Seorang lelaki dengan wajah garang mengacukan senjata tajam ke arah si isteri... .
Perompak : "Sebelum kamu mati kubunuh, sebutkan namamu!"
Isteri : "Na... nama sa... saya... Aisyah"
Perompak : "Aisyah? nampaknya sama dengan nama ibuku. Aku tidak boleh membunuhmu"
Lalu dia mendekati si suami dan sambil mengacukan senjatanya ia berkata,
Perompak : "Sebutkan namamu. Aku mesti tahu nama setiap orang yang menjadi korbanku."
Suami : "Namaku Irwan.. tapi... . semua orang memanggilku Aisyah... ."
************************************************************************
PENIMBANG BERAT
Di sebuah Mall yang sesak dengan pengunjung.. ada satu alat pengukur berat badan yang cukup canggih.. Hanya dengan membayar RM 1.00 kita akan diberitahu berapa berat badan kita oleh program komputer. Seorang gadis dan temannya mencuba di tengah kerumunan orang.. Setelah memasukkan wang RM 1.00.. mesin komputer menjawab: "47 kg!"Gadis kedua cuba untuk menimbang, dan mesin komputer menjawab: "52 kg!" Setelah beberapa minit dating seorang wanita yang cukup gemuk dan montel cuba menimbang dirinya di mesin itu. Setelah memasukkan wang RM 1.00.. mesin komputer mengeluarkan jawapan: "Tolong naik sorang-sorang.. jangan ramai-ramai!"
************************************************************************
Pelik Pelik
Sejak mula berkahwin, Maria sering bertanyakan tentang kisah silam suaminya.
"Bagitau la I, dah berapa ramai perempuan yang You bawak tidur?" tanya Maria.
"Sayang... " kata suaminya, "kalau I bagitau You, You gerenti akan marah punya."
"Tak... I janji tak marah," rayu Maria.
"Baiklah... kalau You dah desak sangat, " jawab suaminya, "Hmmm... satu... dua... tiga... empat... You... enam... tujuh... orang gaji kita... lapan... "
************************************************************************
Dot Pi Dot Mai.
Salman (bukan nama betul) pulang dari kerja satu petang dan terdengar suara isterinya dalam bilik mengerang. Dia berlari naik ke bilik dan melihat isterinya terlantar di katil berpeluh tanpa pakaian. "Kenapa ni sayang?" tanya Salman. "I diserang sakit jantung", jawab isterinya. Salman berlari ke bawah untuk menalipon doktor tapi belum sempat dia talipon, anaknya yang berumur 5 tahun berlari datang dan berkata, "Papa,acik Lan ada bawah katil ayah tak pakai suar." Salman mula naik angin dan naik semula ke biliknya. Memang betul Roslan (pun bukan Nama betul) jiran mereka ada di bawah katil tanpa pakaian. Salman menarik Roslan keluar dan berkata, "Lahanat kau Lan, isteri aku kena sakit jantung. Kau pulak cuba menakutkan anak aku ye?"
************************************************************************
Siapa Ini?
Seorang lelaki menalipon hospital untuk memberitahu yang isterinya nak bersalin. Dan jururawat hospital menjawab talipon lelaki tersebut.
Lelaki: "Hello... tolong saya sebab isteri saya nak bersalin!"
Jururawat: "Sila bertenang... ini anaknya yang pertama ke?"
Lelaki: "Apa la punya bangang... ni laki dia la!"
Jururawat: "Erkkk... "
********************************************************************
Rahsia Menangkap Ikan.
Ada seorang nelayan yang selalu dapat banyak ikan bila dia ke laut... so crew TV3 interview dia untuk rahsia dia tangkap ikan.
Crew TV3 : "Apa rahsia pakcik tangkap ikan?"
Nelayan : "Pakcik tenguk cara isteri Pakcik tidur bila pakcik bangun pagi. Kalau dia mengereng ke kiri, pakcik tebar jala kiri. Kalau dia mengereng ke kanan pakcik tebar ke kanan."
CrewTV3 : "Kalau isteri pakcik tidur terlentang?"
Nelayan : "Rezeki depan mata, pakcik tak turun ke laut pagi tu... "
CrewTV3 : "Oooooooooooo... ... ."
********************************************************************
Malu Sesangat.
Seorang wanita muda telah ter'bersalin' di dalam sebuah lif. Dier pun malu macam nak giler dan tak mahu kuar dari lif itu. Pihak pengurusan bangunan pun memanggil polis, bomba dan psychologist untuk pujuk dier keluar. Psychologist tu pun cakap ler, "Cik... keluarlah... aper nak di malukan... perkara biase jer nih." Wanita muda yang terbersalin itu pun menjawab, "Tak mau, tak mau, saya malu." Psychologist itu menambah, "Alah cik... tahun lepas saya ader 1 kes lagi teruk... pompuan tu beranak dalam longkang!!" Mendengarkan kata-kata Psychologist tu jer, wanita muda tu terus meraung bagai nak giler lalu berkata, "Yang tu pun saya gak, uhwaaa..!!!"
Seorang pemandu yang berbosskan org putih dari Amerika sedang membawa bossnye.. tita-tiba kereta dihadapannya berhenti mengejut menyebabkan dia
telah menyodok kereta tersebut. Pemandu tersebut pun meminta maaf dari boss nya... .:
Pemandu: Sorry Sir, I brake brake, do not eat. After I check the wheel no flower again. (maaf Tuan, saya brek-brek, tak makan, selepas saya cek tayarnya tak ada bunganya lagi)
Orang putih tu pun mahu keluar dan ikut sama marahkan pemandu kereta dihadapan. Tapi pemandu tersebut menghalangnya... Kata pemandu tersebut:
Pemandu: Don't enter mix, Sir! The bring that car if not wrong I, is the children fruit from manager moneys, he stupid doesn't play! Let he taste.
(Jangan masuk campur, Tuan! Yang bawa kereta itu kalo tak salah saya, anak buah dari pengurus kewangan, dia memang bodoh bukan main... Biar dia rasa)
Besoknya si pemandu tak masuk kerja, lusanya, bila dia masuk kerja, si boss orang putihnya bertanya:
Boss : Why didn't you come to work?
Pemandu : I am sorry boss, my body is not delicious, my body taste like enter the wind. (maaf boss, badan saya tidak sedap, badan saya rasanya macam masuk angin)
Gosok Gigi
Seorang ibu baru lepas bersalin. Seperti yang lain, dia pun menyusukan anaknya dengan susu badan seperti yg dipelajarinya demi kebaikan anak dan ibunya.
Selepas habis pantang, tiba tiba anak nya tidak mahu menyusu lagi.. Ibu ini kehairanan kenapa anaknya tidak mahu lagi menyusu. Setiap kali ibunya mula menyusukanya. anaknya mula mengalih mukanya tanda tidak mahu.
Keesukan harinya, ibu ini pergi berjumpa jiranya bertanya kabar tentang perkara ini..Jiranya menjemput nya masuk kedalam rumah dan berbual.Ibu nya berkata `Mak Haji..saya hairanlah kenapa lah anak saya ni tak mahu lagi menyusu dada lagi sejak kebelakangan ni.?"
Mak cik pun berkata "Sejak bila??"
Ibu menjawab "Sejak habis pantang"
"Mari Mak Haji lihat".Ibu ini pun membuka dadanya dan membiarkan Mak Haji mengusap dadanya untuk memeriksa kalau ada apa keganjilan atau perubahan yg berlaku.
Tiba tiba Mak haji itu pun bersuara.."Patutlah anak nya tak mahu lagi... ."
Ibu ini pun terkejut.."Kenapa Mak Haji "
Mak Haji menjawab.."Itu tanda anak awak dah pandai!"
"Dah Tuuu kenapa pulak dia tak mahu hisap lagi??"
Mak Haji pun menjawap ~ "Memang lah tak mahu lah dia... ..dada awak tu berbau rokok, Pahit lah rasanya"
Ibu berungut dalam hati "Ini sah memang kerja bapak dialah malam tadi !!!!Tak gosok gigi rupanya... ... Hampeh!!!"
Kain kapan...
Al-kisah ada seorang businessman yang kaya raya bernama Hj.Teepo. Apa saja nama bisnes atas muka bumi ini, dia ada. Sayang, kekayaan Hj.Teepo adalah sebahagian besar hasil penipuan dan putar alamnya dalam bisnes. Sahamnya berpuluh juta, hasil penipuan. Tanah ribu hektar,pun hasil tipu. Wang beratus juta juga, tipu punya hasil. Puas isterinya memberikan kaunseling agar Hj.Teepo berhenti menipu, namun tak dihiraukannya.
Kerana makan terlalu banyak dan mewah, dinner tiap-tiap malam (orang belanja of course), exercise tarak, satu hari Hj.Teepo disahkan oleh doktor mengidapi penyakit barah dan disahkan akan padam dalam masa sebulan. Maka teramatlah hiba hati Hj.Teepo nak meninggalkan dunia ini, tambah pula mengenangkan segala aktivitinya selama ini.
Maka dipanggillah anak isterinya untuk berwasiat. kain yang dah buruk, koyak pun tak apa, buat kain kapan aku. Aku dah banyak merasa kemewahan didunia ini. Biarlah kain buruk yang ku bawa ke akhirat," jelas Hj.Teepo dengan genangan air mata. "Kenapa begitu bang?" tanya isterinya. "Saja aku nak merasa pakai kain buruk pula," jawabnya lagi. Isterinya terdiam, tapi hatinya berbisik, "Syukurlah, walau dah agak terlambat, ada juga kesedaran dan keinsafan dihati suamiku."
Maka tempoh sebulan cuma tinggal 24 jam lagi. Dengan wajah sugul, Hj.Teepo berbaring dikamarnya. Kain putih yang dah lusuh dan terkoyak sana sini telah siap disediakan. Untuk terakhir kali, siisteri menghampiri Hj.Teepo. "Bang", bisiknya perlahan. "Buat kali terakhir sebelum abang meninggalkan kami, berilah tahu kenapa abang nak dikapankan dengan kain yang dah buruk. Sedih saya melihat keadaan kain itu bang. Apakah abang telah insaf dan bertaubat dengan perbuatan abang selama ini?"
Hj.Teepo merenung isterinya lama-lama dan bersuara, "Baiklah, mari rapat kepadaku" isteri Hj.Teepo terus menghampiri suaminya. Dengan nada yang sedih Hj.Teepo bersuara, "Yang, you pun tahu,terlalu banyak dosa yang I lakukan selama ini. Berapa ramai orang yang dah I kelentong. Jadi cukuplah kemewahan yang I rasakan. Biarlah I dikebumikan dengan kain buruk saja." Isterinya masih ragu-ragu.
"Apakah abang fikir dosa-dosa abang boleh diampunkan dengan berkain kapan yang buruk begitu?" tanyanya lagi.
"Bukan begitu Yang. Kalaulah abang pakai kain kapan yang buruk, nanti Malaikat Mungkar dan Nakir fikir abang dah lama mati. Mereka juga akan fikir abang dah kena soal. Taklah nanti mereka soal abang lagi. Jadi selamatlah abang... ."
"Astaghfirullah hal 'aziiiiiiiiiim" isteri Hj.Teepo terus terlentang kerana terkejut berok dengan penjelasan suaminya.
P/S: Mati pun nak kelentong. Nak kelentong Malaikat pulak tu... .. Ambik le iktibar... .
Buatan Orang
Ada seorang gadis tinggal kat kampung Sungai Ara kat Bayan Lepas..dia tinggal dengan mak nyer sajer... . keluarga lain tak der..tak tau ler pasal aper... budak perempuan nie lak... boleh lar dikatakan cantik gak... suma budak2 kampung tu try nak tackle dia... .tapi dia tak layan..sebab dia dah ader boyfriend satu tempat keje...
Pastu ader ler satu mamat India nie kat kampung tu dia syok giler kat minah nie.. sampai satu hari tuh dia cakap walau apa pun terjadi... dia tetap nak kat minah nie... Satu hari mamat nie (dia jual kuih ngan goreng pisang kat simpang kampung tuh) tunggu ler minah nie balik keje... (budak nie keje kat satu kilang electronik kat Bayan lepas). Bila dia nampak minah nie balik dia tahan ler minah tu... pastu dia bagik kuih karipap ngan goreng pisang kat minah tu... mula2 minah tu tak ndak..tapi last2 dia amik gak..pasal ader ramai org tengok mamat tuh merayu2 kat dia... dia pun naik segan...
Bila balik rumah... minah tu pun makan ler karipap yang mamat tu bagiks..bila abis jer dia makan tiba2 dia rasa sakit perut... sakit giler... berguling2 minah tuh atas lantai... Agak agak sakit nya dah reda dia pun turun tangga ... dengan suara terketar ketar ... dia cakap kat mak dia "Mak... sakit perut... .." kata minah tuh dengan muka yang agak pucat... .Mak dia pun jawap mak dia cakap nak tau apa mak dia cakap "Orang sakit perut, tak boleh makan maggie... ... " bila dia dengar mak dia cakap macam tuh cepat2 minah tuh jawap balik.."Dah baik makkkk"
EMPAT BAKAL AYAH
4 orang bakal ayah sedang menunggu di bilik menunggu di Hospital sementara isteri masing-masing sedang berjuang untuk melahirkan anak.
Kemudian keluar nurse dan memberitahu kepada ayah pertama, "Tahniah, kamu sekarang telah menjadi ayah kepada kembar dua!". "Mungkin satu kebetulan" kata ayah pertama. " Saya bekerja di Twin Star Enterprised"
Kemudian keluar pula nurse lain dan memberitahu kepada ayah kedua, "Tahniah! awak mendapat anak kembar tiga!" "Wooow!, mungkin satu kebetulan" jawab ayah kedua."Saya kerja di 3M Corporation"
Keluar pulak nurse lain dan memberitahu ayah ke ketiga,"Congratulation! isteri you dapat kembar empat," "Alhamdulillah! Mungkin juga satu kebetulan". Saya kerja di Four Season Hotel!"
Pada masa ini ayah yang ke empat kelihatan amat tidak menentu dan gelisah. Kesemua ayah-ayah yang menunggu pun bertanya, "kenapa risau sangat??" Jawab ayah keempat,"Saya bekerja di Seven-eleven"
Baju Cinta
Seorang ibu mertua (berumur lingkungan 50an)datang menziarahi rumah anak menantu perempuannya yang baru berkahwin. setelah membunyikan loceng, si mertua terkejut kerana mendapati menantu perempunnya yang membuka pintu tanpa seurat benangpun di badannya.
Tanpa di tanya, si menantu berkata "saya sedang menunggu suami saya pulang dari berkerja!".
"Tapi kau telanjang !!! " marah si ibu mertua.
"Ini BAJU CINTA saya" balas si menantu
"BAJU CINTA ??" si mertua kehairanan
"Ya, suami saya menyukainya, saya juga begitu senang MEMAKAInya"
"Saya harap mak dapat balik dulu sebelum suami saya pulang keran tentu suami saya nanti akan berasa malu melihat saya memakai BAJU CINTA ini di hadapan mak" pinta si menantu.
Si mertua faham kehendak anak menantunya. Dalam fikirannya mungkin itu cara terbaru si isteri melayan sang suami. di dalam perjalanan pulang si mertua mendapat idea ... fikirnya dengan mengikut cara anak menantunya, sudah tentu dia dapat mengeratkan hubungannya dengan suaminya yang sudah berumur. Sesampai di rumah, si mertua tadi menanggalkan semua pakaiannya, mandi, berbedak dan memakai minyak wangi sewangi wanginya. kemudian si mertua tadi pun menunggu suaminya pulang dari bekerja. lat berberapa ketika suami si mertua tadi pulang, dengan bangganya simertua tadi menayangkan tubuh badan yang tanpa seurat benang kepada suaminya. (dengan gaya ala marilyn monroe)
"Kenapa dengan kau nie ... buang tebiat " marah sisuami tadi.
"Ini lah BAJU CINTA bang" kata si mertua tadi
"Hah? BAJU CINTA " soal sisuami sambil memandang dari atas kebawah.
Seketika si suami tadi menambah
"KENAPA TAK SETERIKA DULU NAMPAK SANGAT KEDUTNYA"
Cerita Ayam Yang Macho
Ceritanya berkisar di sebuah ladang penternakan ayam yang terletak di Gunung Besout .tentang sebuah peternakan ayam. Disana ada 5 Ayam betina dan seekor ayam jalak (kira ayam jantan macholah) yang umurnya sudah lanjut dimamah masa (cewah-cewah cam lam novel percintaan lak).
Karena merasa bahwa ayam jalak yang sudah tua tadi sudah melewati masa suburnya, si pemilik ladang tersebut memutuskan untuk membeli seekor ayam jalak lagi yang masih muda, tampan, segak, macho dan yang sewaktu nganya.
Dengan secara tidak sengaja hal ini membuatkan si ayam jalak tua menjadi merasa tersaing. Lalu bibit2 cemburu dan hasat dengki menguasai dirinya, mulalah diyer mengatur srategi. Lalu terjadi percakapan seperti ini :
Si ayam jalak tua : Eh, kamu jangan serakah sgt kat sini. Ayam betinanya kan ada 25. Kamu boleh ambil yang 15, bakinya bagi aku.
Si ayam jalak muda: Banyak hensem ko punya muka,tua tak sedarkan diri.Hang tu dah tua dah tak larat dah so semua untuk aku sahaja.
Si ayam jalak tua : Eh a... berlagak tul mamat seekor ni (jalak tua bercakap lam ati yer). Seper kata aku tua tak larat lagi, ko jgn pandang rendah pada aku, kang aku sekeh kang... O.klah, aku maleh nak gaduh ngan budak hingusan cam ko ni (jalak tua, menunjukkan eksennyer) so apa kata kalau kita pertontonkan kemanchoan kita ngan mengadakan satu pertandingan. Siapa yang menang boleh ambil semua ayam betina yang ada kat sini ayam ini. Yang kalah kirim salam.
Si ayam jalak muda: Aku.. aku boleh sahaja, pantang dicabar ni. Kita nak buat pertandingan apa ni... cabut bulu ayam ker (jalak muda membuat lawak loya beruk yer)
Si ayam jalak tua : Dak'ah! Senang jer pertandingan lumba lari. Sambil tersenyum kambing,
Si ayam jalak muda:Set
Si ayam jalak tua : Lumbanya 400M. tapi karena aku sudah tua, aku minta untuk lari dulu di depanmu 50 meter.
Si ayam jalak muda: Boleh (dengan penuh keyakinan).
Maka pertandingan pun dimulai. Ayam jalak tua lari dulu 50 meter baru ayam jalak yang muda lari menyusul dengan kecepatan kuasa extra gaban yang mengkagumkan. Eh, baru kurang 1 meter menyusul, si ayam jalak muda ditembak langsung oleh pemilik peternakan.
Kenapa ??
[Jawapan ada di bawah]
Kata Pemilik : "Kurang ajar. INI AYAM JALAK-HOMOSEKS NI. Asal setiap kali aku beli dapat yang macam ni SUKA SANGAT KEJAR-KEJAR AYAM JALAK TUA AKU"
MORAL : Jgn berlagak ngan org tua (depa banyak trick yer,) HORMATILAH ORANG YANG LEBIH TUA DARI KITA..
Kali Pertama
Angaplah anda seorang gadis ( jika anda seorang lelaki ) Dan juga adalah ini kali pertama anda !!!!!!
Sebaik sahaja anda baring, anda mula merasakan otot-otot anda mula menegang.Anda cuba mengelak dengan cuba memberi alasan, tetapi dia enggan menerima alasan anda bahkan semakin merapati anda. Dia bertanyakan adakah anda takut.
Tetapi anda dengan berani menggelengkan kepala. Jari-jemarinya mula meneroka untuk mencari apa yang dihajati. Dan kali pertama jarinya menyentuh tempat yang betul. Semakin dalam dia menusuk semakin kuat anda mengerang. Tetapi dia masih dengan sikapnya dan melakukannya dengan selembut yang boleh sebagaimana yang telah dia janjikan.Dia merenung jauh ke dalam mata anda dan mahu anda percayakannya.Ini bukanlah kali pertama bagi dirinya. Dia terus tersenyum dan anda mamberi lebih ruang masuk kepadanya. Anda mula merayu agar dia mempercepatkannya. Tetapi dia masih lagi melakukannya dengan perlahan agar anda merasakan kesakitan yang paling minimum.Semakin dalam tusukkannya semakin anda merasakan tisu-tisu anda koyak.Kesakitan makin terasa diikuti dengan sedikit darah mengalir. Dia merenung kepada anda dan bertanyakan adakah ianya menyakitkan?.Mata anda digenangi dengan airmata tetapi anda menggelengkan kepala dan mahu dia terus melakukannya.
Dia meneruskan dengan apa yang patut dilakukan. Terus keluar masuk. Tetapi anda sudah mula merasa kebas dan tidak lagi merasakan apa-apa. Beberapa ketika kemudian anda merasakan sesuatu memancut dan dia mengeluarkannya dari anda. Anda terbaring dengan wajah yang pucat. Dia menghamparkan sekuntum senyuman kepada anda dan mengatakan anda adalah antara yang terdegil tetapi telah memberinya banyak pengalaman. Anda hanya tersenyum tawar dan juga inilah pengalaman pertama anda. Dengan senyuman yang tawar andapun mengucapkan terima kasih kepada doktor,kerana mencabut gigi anda.
Terima kasih doktor. . . . .
OOoiiiii... kau Orang ingat apa... ha... .! kih..kih... kih.. . . Jangan mare!!!!!!!
Kenapa Aku Letih Bekerja : Satu Analisis
Selama beberapa tahun aku telah merungut kerana kurang tidur dan terlalu banyak tekanan dalam hidup, akan tetapi sekarang kini aku tahu kenapa ianya berlaku (the real reason) :
Di bawah ini aku akan tunjukkan kenapa aku mempunyai beban kerja yang lebih dan ianya adalah benar dan bukan rekaan aku :
1. Populasi penduduk Malaysia sekarang adalah 23 juta orang.
2. 1.7 juta darinya sudah bersara. Jadi tinggal 21.3 juta orang.
3. 1.3 juta pula adalah golongan kanak bawah 6 tahun. Jadi tinggal 20 juta orang.
4. Dari 20 juta ini, 7 juta masih belajar (tadika, sekolah, kolej, universiti dll). Jadi tinggal 13 juta orang yang boleh buat kerja. Dari 13 juta ini, 5 juta orang adalah pekerja kerajaan yang pergi kerja tapi tak buat kerja. Jadi tinggal 8 juta orang yang boleh buat kerja.
5. Tolak 3 juta orang yang duduk dalam hutan (tentera darat) pasal diorang nie nak kerja macam mana... tinggal dalam hutan. Dah tinggal 5 juta orang yang boleh buat kerja... .
6. Dari jumlah itu, tolak 2.7 juta orang yang menganggur dan tak der kerja surirumah, pekerja yang kena VSS, orang tua, fresh university student, kena buang kerja dll). Tinggallah 2.3 juta orang yang boleh buat kerja.
7. Dari jumlah ini, sebanyak 1,215,512 orang dilaporkan sakit dan kini berada di dalam hospital di seluruh Malaysia (tak kiralah hospital swasta ke atau hospital kerajaan dan ini termasuklah hospital gila).
8. Dah tinggal 1,084,488 orang yang boleh buat kerja... . Sekarang ini mengikut bancian terkini, terdapat 1,084,486 orang di dalam penjara (termasuk Saudara Anwar Ibrahim) dan Pusat Serenti di seluruh negara. Jadi dah tinggal 2 orang yang boleh buat kerja...
9. Dan 2 orang itu adalah engkau dan aku...
10. Dari dua orang ini... kau SEKARANG INI masih duduk depan komputer, main internet, main games, membaca email, gelak-gelak, kutuk-mengutuk dan tak buat kerja langsung... jadi tinggallah Aku sorang yang buat kerja dalam Malaysia nie... mana aku tak letih!! Jadi sedarlah sikit... . DAHHHH..!!! PI BUAT KERJA!!!
P/S : Semua statistik di atas boleh dirujuk kesahihannya di Pusat Bancian, Kementerian Kesihatan, Kementerian Pertahanan, Jabatan Tenaga Raya, Kementerian Pendidikan dan Jabatan Kebajikan Masyarakat.Takkan nak rujuk itu pun nak kena suruh aku buat jugak.
Cerita koboi
Al-kisah... ... ... ... Seorang koboi pulang dari sebuah kota dengan menunggang kudanya melewati gurun. Dia dikejutkan oleh seekor ular yang menghalangi jalannya, lalu si koboi turun dengan pisau ditangannya, ketika ditangkap ular itu untuk dibunuh, si ular berkata:
Si ular : "jangan bunuh saya, saya adalah seorang pari2".
Si koboi terkejut, dan masih ragu, lalu bertanya,
Si koboi : "jika kamu pari2 apa yang saya minta akan dikabulkan?"
Si ular : "Jika kamu tidak percaya lepaskan dulu saya, dan apa permintaan kamu wahai koboi?"
Lalu si koboi melepaskan si ular itu, lalu dia berkata. Si koboi : "Saya mempunyai 3 (tiga) permintaan, yaitu yg pertama, saya mahu wajah saya hensem cam lionardo dikopiko, yang kedua badan saya setegap Arnold, yang ketiga "anu" saya sebesar kuda yang saya tunggangi itu". Sambil menunjukkan jari ke kudanya.
Si ular berkata dengan tenang : "sonang bai tuuuu, esok kamu boleh lihat dicermin apa yang terjadi, sudah ya, saya pergi tata tititutu", kata si ular sambil pergi masuk semak-samun dan menghilang. Lalu si koboi itu naik kudanya meneruskan perjalanan menuju rumahnya memang hari sudah lewat.
Sesampai di rumah si koboi berdiri di depan cermin dan berkata. "besok kalau tidak ada perubahan siaplahh!, aku potong kepalamu wahai ularr!". Sambil berjalan dia masuk ke bilik dan "Z z Z z " ketiduran.
Keesokan harinya si koboi bangun pagi-pagi dan terus menuju cermin, dan apa yang terjadi, si koboi tergezut gorilla dan gummbiraaa, dilihatnya wajahnya mirip Lionardo Dikopiko dengan senyum bangga, lalu dia membuka baju melihat badannya sudah berubah dengan otot yang menonjol, dia ... memperagakannya gaya-gaya bodybuilder, kemudian dia membuka seluarnya dan dia terkejut triple king-kong sekali, dan berteriak: "Tidak. Tidak. Ini tidak mungkin, TIDAAAAAAAAAAAAAAAAK!!!!!!!". Ternyata dia lupa, dan baru ingat bahwa kuda yang ditungganginya semalam itu adalah kuda betina... ... ..!!.
Lawak kuda... ... .
Alkisah dalam satu negeri tu adalah seorang raja yang sangat ego lagi berlagak. Dah lah tak hensem, sombonglah pulak tu. Beliau mempunyai seekor kuda yang sangat patuh kepadanya. Kepandaian kuda ini telah tersebar meluas ke seluruh negara. Kuda ni memang pandai giler... .. suruh buat apa pun mesti dilakukan, kalau raja suruh panjat pokok dia panjat, suruh nyayi lagu Hattan dia nyanyi ... itu pasallah raja ni sayang sangat kat kudenya. Tapi kude ni hanya dengar arahan raja ni sorang je. Kerana berasa sangat ego, raja ini telah mengadakan satu pertandingan jika ada diantara rakyatnya yang dapat mengarahkan kuda tu duduk, dapatlah hadiah lima ratus dinar seperti yang dijanjikan kepada rakyatnya.
Apabila hari pertandingan bermula, keluarlah seluruh rakyatnya untuk menyaksikan siapa yang boleh membuatkan kude tu duduk. Hari dah hampir senja tapi masih tiada yang dapat berbuat demikian... makin egolah raja sorang ni.
Tiba-tiba muncul seorang budak lalu pergi ke arah kuda tu dan tanpa disangka-sangka kude tu terus tunduk. Maka terkejutlah raja tadi lalu dipanggilnya budak tersebut seraya bertanya "Apa yang engkau buat sampai kude beta tu duduk wahai budak?" maka dengan selambanya budak tu berkata "Tadi patik jentik telur kude tu sampai dia terduduk.(Senak la agaknya kot... ) lalu blah sambil mengira-ngira wang yg dimenanginya. Raja yang tak puas hati ni adakan satu lagi pertandingan. Bukannye apa... nak cover malu. "Kali ni beta pasti yang sapa-sapa pun takkan boleh menyuruh kuda beta menggelengkan kepalanya" katanya dalam hati sambil ketawa.
Maka sampailah hari pertandingan tu... ramailah rakyat keluar nak melihat sapa yang boleh buat kude raja ni geleng kepala. Seperti hari yg sebelumnya, dari pagi sampai la ke petang masih belum ada siapa yang dapat membuatkan kuda raja tersebut menggelengkan kepalanya... raja menyengih panjang sebab senja dah hampir tiba. Tiba-tiba datang lagi budak kecik tu dan bagitahu raja yang dia nak cuba lagi.
Dengan selambanya raja berkata, "cubalah kalau boleh". Budak kecik ni pun pegi kat kude tu lalu berbisik kat telinganya. Dengan tak semena-mena kude tu terus menggelengkan kepalanya, Maka bersoraklah orang ramai dengan kejayaan budak kecik tu lagi. Raja berasa pelik lalu bertanya! "Beta nak tau, apa yang kamu bisikkan tadi sampai kude beta pun gelengkan kepalanya?" Dengan selambanya budak tu jawab "Nak kena jentik lagi... ??"
Malam Pengantin
Fuyooooooo... ..nie lah first time aku berader didlm bilek dgn seorang wanita..macam jakun darat siot. Ye seorang wanita yg bergelar isteri, isteriku yg sah. Macam beruk dah kehilangan idea, aku duduk melangok kat atas katil memerhatikan isteriku yg dari tadi menyisir rambut di hadapan lemari solek. Mati kutu aku dibuatnyer, org ramai kat luar, sumer nyer sedare mare pihak isteriku, mereka bermalam disini, maklumlah dah penat bertungkus lumus menyenggelarakan majlis persandingan kami siang tadi.
Penat memanglah penat, tapi di saat saat indah begini penat menat nie sumer tak main ah... tolak tepi dulu. Tapi sekarang yg menjadik tander soal ialah camner aku nak mulerkan... yelah nak approach isteriku?... .Maklumlah bukannyer pernah aku buat kerja camgini. Aku peratikan isteriku sambil terpikiag kat kepaler hotak aper plan atao script yg hendak aku keutarakan... takkan nak duduk je sampai pagi beb.
"Abg ngantok??" isteriku bersuara..berderao aku dengar suara dia yg lunak merdu (ye lah baru kahwin lunak lah merdu lah... .cuber dah sepuluh dopuloh tahun kahwin... kontrektor piling pun kao cakap lagik sedap)
Berbekalkan t-shirt Byford yg melekat di badan beserta kain pelikat yg terikat dipinggang diikuti dgn muker millenium yg amat menggoder aku pun menjawab "Tidak sayannnggg... abg blom ngantok lagikkk"
Isteriku berdiri lalu duduk disebelah ku dgn senyuman yg cukup berpower lagik berkaliber. Aku pun tersengeh macam cipan terkener karen... berdiri... lalu meluru mendapatkan suis lampu... ..tup!... ..lampu dimatikan... ... gulap gulita.
BEEEPPPPPPPP!!!!! BEEEEEEPPPPPP!!!!! BEEEEPPPPPPPPP! pager aku berbunyik!
Maner punyer hamlao suah page aku disaat saat genting begini! Ahhh! Buat bodo suah... .aku teruskan perjalanan menuju ke tempat isteriku berbaring... ... .
BEEEEEEEPPPPPPP!!!!!BEEEEEEPPPPPP!!!!!!!! BBBEEEEEEEEPPPPPPP! Dia bunyik lagiiiiiiiiii!
"Alaaahhhhhhhhh abggggg... saper yg page tuuuuuuu... .pergilah response duluuuu" keluh isteriku.
Aku mencapai pager aku dan terus keluar dari bilek... .dlm bilek aku takder tipon, jadik aku terpakserlah guner tipon diluar. Biler sajer aku keluar dari bilek... org org diluar sumernyer memerhatikan aku..mereka yg dari tadi riuh tetiber senyap... aku hanyer tersenyum, tander hormat sebagai pendatang baru dlm keluarga mereka, terus mendapatkan tipon yg berader di sudut ruang tamu. Mereka terus memerhatikan aku... .ader yg tersenyum dan ader pulak yg tersengeh.
Bapa mertua aku baru keluar dari dapo, melihat aku dgn tipon di tangan
"Astaghfirullaaaahhhhhhhhhh!!!!" dia beristighfar
"Kenaper pak?" tanyer aku kehairanan
"Maner pergi kain kao Man?" jawab bapak mertua aku
SEKIAN
Pengajaran : Pastikan anda memakai celana dlm biler memakai kain pelikat... dan pastikan yg anda telah pastikan
Memilih nama anak
Bagi yg baru nak dapat anak, ada banyak pilihan nama yg bagus2 diperturunkan dari tanah seberang (Jawa). Pilihlah yg anda berkenan:-
Kalau anda mahu anak2 pandai dalam bidang2 berikut, pilihlah nama masing2:-
pandai tanam bunga, diberikan nama
Rosman.
pandai membaiki kereta, namakan
Karman
average dalam golf,
Parman
pandai dlm penulisan,
Suratman
gagah perkasa,
Suparman
boleh mendengar sambil berjalan,
Wakiman
selalu bertanya,
Azman (loghat jawa bunyi Asman)
pandai buat kuih,
Paiman
pakar jualan,
Salman
pakar pasal alam sekitar,
JASman
pandai melukis, tulis sajak, nyanyi lagu,
Saniman
doktor gigi,
Sugiman
supaya cepat naik pangkat,
Yasman
bakal kaki pukul dan dera orang,
Deraman
yang ada darah Bengali,
Manbai
pandai organise skim cepat kaya,
Pakman (Te' Lo)
mat rock,
Rokman
jadi polis trafik
Saman
pakar kunci,
Lokman
baik budi pekerti,
Budiman
ada lagii...
Buat kerja ala kadar -
A. Kadarisman
Suka bagi orang susah-
Sukarman
Suka mengada-ngada -
Ngadiman
Dua alam -
Herman
Paling tak guna -
Koman
Selalu sakit -
Deman
Kalau yang kuat berlawan -
Ultraman
Yg suka main daun terup poker -
pokeman
Nenek 01
Tersebut lah cerita , ada sorang perempuan Petani yang agak berumur sikit bawak barang dagangan dia, dia cuma jual topi saja (dulukan orang menuai secara manual..'mengerat' orang Kedah kata , nak elak dari panas depa pakai topi ni ..diperbuat dari rumput 'menerung' kering..warna putih kelabu, bentuk dia nak macam topi Mr. Potato sket... ) Jalan la dia dari rumah ke rumah jual topi dia,sampai dia di satu kampung di pinggir hutan (area Kuala Nerang..)Waktu dah tengahari 'rembang', jadi dia pun duduk la berehat sat kat bawah satu pokok yang besar lagi rendang. Topi untuk jualan dia..dia letak la sebelah sambil mengipas-ngipas badannya. Kerana terlalu letih, tertidur la dia kat bawah pokok tuu..tiba-tiba dia terdengar bunyi 'sqoh..sqeh..sqoh..sqeh'.Terbangun la dia..dia tengok sekeliling, tergejut beruk la dia ... 'aik!! mana pi topi aku semua?'. Wahhh..cam na ni, mesti kena marah ngan tokey nanti pasai topi dia hilang.
Lepas tu, dia dengar bunyi sqoh..sqeh... sqoh..sqeh' tu kat atas pokok. Langut la dia ke atas... Ooooooo, makhluk ni rupanya yang curi topi aku. Berpuluh-puluh ekor monyet kat atas pokok tu, semua pakai topi sorang satu..Ishkk..cam na nak ambik balik ni..pikiaq perempuan tersebut. Dia ambik galah..jolok-jolok keatas..tak juga dapat topi dia. Dekat-dekat nak 'give-up' juga la orang tua tu. Tergaru-garu kepala la dia..aik!! dia tengok monyet-monyet tu pun ikut tiru dia ,dia lompat ,monyet tu pun ikut lompat semua..Jeng... jeng..jenggg..dia ada satu idea..dia ambik satu-satunya topi kat atas kepala dia ..dia pun baling ke tanah. So, monyet-monyet tu pun ikut juga baling topi yang depa pakai ketanah. Dapat la balik semua topi-topi dia... Pas waktu dia dah balik kekampung, dia pun cerita la 'keterer an' dia tu kat anak dia. Waktu berlalu begitu pantas. perempuan tersebut dah jadi nenek dah..namun dia tetap berbangga dengan ketereran dia tipu monyet tu.di ceritakan la pulak kat cucu dia. Nak dijadikan cerita ,cucu dia ni pun sekolah tak pandai. jadi berjual topi juga macam nenek dia dulu. Suatu hari, cucu dia pi menjual topi dikampung yang sama di daerah Kuala Nerang tuuu. Waktu t/hari, secara kebetulan dia pun berehat di bawah pokok yang sama. Kerana terlalu letih dia pun tertidur dgn topi-topi untuk dijual diletakkan di tepi dia. Pas dah dekat petang dah , dia pun bangun dari tidur..aikkkk!!! mana pi topi aku semua? Dia pun terdengar bunyi 'sqoh..sqeh..sqoh..sqehh' kat atas pokok tuu... ..hmmhhh. monyet-monyet tu dah ambik topi dia. Dia pun buat la macam-macam untuk menakutkan monyet-monyet tu utk ambik balik topi tuu, tapi tak leh gak. Last-last teringat la dia ngan cerita nenek dia dulu..diapun test la, dia garu-garu kepala, monyet2 tu pun garu2 kepala gak, dia lompat, monyet2 tu pun lompat gak..dia pun naik syok laa, dalam hatinya 'bodoh juga monyet2 ni..'..Lalu dia ambik topi kat atas kepala dia..dia lempaq la ke tanah dengan harapan monyet2 tu tiru cam dia gak.
Aikkk !!!monyet2 tu semua tengok ke dia..tak sekoq pun yang tiru dia kali ni utk lempar topi ketanah. Termangu dia sendirian..tiba-tiba turun seekor anak monyet, tapi sebelum dia turun, dia sangkut dulu topi tu kat ranting atas pokok tu. Anak monyet tu langsung pi dekat telinga dia dan berbisik, "hang ingat, hang aja ada nenekkkkkk... ?"
Nenek 02
Menurutnya ... ..
Ada tiga orang Nenek duduk bersembang di dalam satu bilik.
Nenek 1 mengeluh,
"Aku kalau simpan barang kat satu tempat, mesti lepas tu dah tak ingat mana aku letak,... Haiii ".
Jawab Nenek 2,
" Itu okay lagi, Kau tengok ... aku nie lagi laaa..teruk, kalau aku naik tangga pas tu letih, aku berhenti duduk kejap, lepas tu dah tak ingat aku yang naik tangga ke turun tangga !!!". Haru betooi.
Nenek 3 menyampuk
" Apalah korang nie, muda lagi daripada aku tapi dah nyanyok, tengok macam aku nie steady lagi, sambil gelak2 tangan menepuk meja berkali-kali.
Pas tu diam, Nenek 3 cakap " ha! sapa pulak yang ketuk pintu tu..?
" Nenek 1 & 2 menggeleng kepala... !!!
Be careful to those passing by Pagoh..
Kisah terjadi waktu aku dlm perjalanan pulang dari KL. Kereta kami meluncur laju meredas 'highway' yg ketika itu lengang. Jam ditangan menunjukkan pukul 6 petang, kami singgah di Perhentian Pagoh untuk berehat dan makan malam. Di situ... semua dlm perjalanan ke destinasi masing-masing.
Selepas makan kami meneruskan perjalanan ke kampung makcik aku yg tak jauh dari situ. Setibanya di sana sepupu aku bersuara. Dia kata tempat yg kita beristirehat tadi sebenarnya berhantu.
Kami tanya bagaimana dia tahu? Menurut sepupu aku waktu dia sedang makan, datang seorang penduduk disitu dan menceritakan satu kisah yg baru saja berlaku. Ada seorang lelaki yg duduk berehat di situ. Waktu tu malam, bulan mengambang penuh, tiada siapa lagi di situ. Angin meniup sepoi-sepoi language... dingin... ..terlalu dingin sehinggakan dia duduk berpeluk tubuh.
Lelaki itu kemudian berjalan ke arah tandas... ..sedang dia berjalan, dia terdengar bunyi tapak kaki di belakangnya. Bulu roma berdiri tegak, bunyi itu semakin kuat, seakan-akan hendak mengejar nya. Dengan secepat kilat pemuda itu menoleh... ... tapi... .tiada orang di belakangnya. Dia meneruskan perjalanan.. bunyi tapak kaki kedengaran lagi. Bunyi nya tidak seperti bunyi tapak kaki manusia... .. kelekuk... kelekuk... kelekuk... .. begitulah lebih kurang bunyinya... seperti kuda. Satu gugusan angin tiba-tiba menerpa menghembus ke muka... .bunyi tapak semakin kuat... ... dia memberanikan diri dan toleh sekali lagi.
Alangkah terperanjatnya bila dia dapati ada sejenis makhluk berbadan kambing berkepala manusia merenung tepat ke arahnya. Kelihatan darah menitis -nitis dari mulut binatang itu, matanya merah menyala. Rupanya amat menyeramkan. Pemuda itu gamam... .tubuhnya tidak dapat bergerak... dia terpaku.
Binatang itu menghampiri dirinya... setapak demi setapak dia melangkah... . kedengaran nafas binatang yg sungguh menggerunkan itu. Pemuda itu tidak dapat bersuara, mulutnya seakan-akan dikunci, keringat sejuk mula membasahi pipinya, dia tahu yg makhluk separuh kambing separuh manusia itu akan membahamnya... .. makhluk itu semakin dekat hingga mukanya bertentangan dgn muka pemuda itu. Dengan satu pandangan yg tajam, makhluk itu membuka mulut dan bersuara,
DIMANA DIA ANAK KAMBING SAYA... ..
ANAK KAMBING SAYA YG MAKAN DAUN PALAS... ..
DIMANA DIA BUAH HATI SAYA... .
BUAH HATI SAYA BAGAI TELOR DIKUPAS... ... ...
ooohhhhhhHHHHH..CHAN MALI CHAN!"
CHAN MALI CHAN! CHAN MALI CHAN! CHAN MALI CHAN! KETIPONG PAYONG
"Oi! Oi!" ader suara background lagik... ..hehehehheheeh
"CHAN MALI CHAN!" "Oi Oi "CHAN MALI CHAN
KETIPONNNNGGGG PAYONGGGGG... oooOOOOHHHH"
Everybody!... let's sing together!!!!!!! CHAN MALI CHAN OI OI CHAN MALI CHAN OI OI CHAN MALI CHAN KETIPONGGGGG PAYONG... ..
Everybody..c'mon?.clap your hand?.
CHAN MALI CHAN OI OI CHAN MALI CHAN OI OI CHAN MALI CHAN KETIPONGGGGG PAYOOOOOONGGGGG?..
Memori pasar malam
Memandangkan zaman ekonomi yang tidak menentu, tanpa rela ku aku telah di berhentikan kerja dari sebuah kilang yang aku kerja di Bayan Lepas. Sememangnya aku tidaklah begitu gusar akan pemberhentian kerja ke atasku kerana keluarga aku mempunyai bisnes sendiri. Mak ayahku adalah peniaga barangan keperluan harian di pasar-pasar malam sekitar Pulau Pinang. Lantaran kehilangan kerja dan masalah mendapatkan kerja baru, dengan bermodalkan wang imbuhan yang aku dapat dari pemberhentian kerja, aku bercadang untuk membantu sahaja mak ayahku berniaga, tambahan aku menjadi malas untuk makan gaji semula. Lagipun mana ada vacancy untuk orang yang macam aku ni, takat SPM aje. Dari satu pasar malam ke satu pasar malam aku bergerak berniaga setiap malam. Rumahku pula berdekatan dengan satu tapak pasar malam setiap hari Rabu. Jadi tak banyaklah masalah yang aku hadapi bila tiba hari itu.
Senang aje hal-hal nak transport barang berniaga ke tapak gerai tanggung beres ajer. Pada satu hari Rabu yang tenang seperti biasa sekitar pukul 4 petang aku sudah mula membawa barangan jualan ku ke tapak gerai sambil dibantu oleh mak ayahku. Tapak gerai aku itu jauhnya hanya 20 langkah dari rumah aku. Memang senang banyak ler taklah payah-payah drive cuma guna kereta sorong aje. Setelah semuanya beres maka jualan pun bermula. Entah agaknya hari tu cukup bulan , aku tengok ramainya orang berduyun duyun datang shopping, dari tokwan, nenek, pakcik makcik cucu cicit semua ada kat situ. Jualan aku juga tak koman lah lakunya. wah seronok aku tengok barang banyak jalan, duit pun banyak masuk. Tiba-tiba dengan tidak semena-mena aku rasakan perut aku memulas mulas ketika proses jual beli sedang rancak berjalan. Tapi masa tu nak tinggalkan gerai nak pi toilet mak ayahku pun sibuk gak. Aku "tahan ajerlah" kataku dalam hati. Tapi berapa lama boleh tahan ? rasa nak tercabut punggung aku menahan sakit perut nak terberak ni so bila aja mak aku datang aku terus kata kat mak aku yang aku nak balik sat sebab ada 'urusan penting'. Tanpa segan dan silu, aku pecut kalahkan Watson Nyambek berlari ke rumah dan terus melulu ke toilet dan pas tu aku pun 'lepaskan hajat' ler.
Lepas habis melepaskan yang tersangkut kat dalam perut ku sejak tadi lagi tu aku naklah pakai seluar balik. yalah biasalah spender mesti pakai dulu tapi yang takjub tu spender aku hilang ler. Aku pun tak tau mana aku campak masa bukak nak membuang air tu. Jadi oleh sebab kelam kabut aku ambik saja spender lain dalam almari dan pakai sebab aku tak leh buang masa cari spender yang aku baru pakai tadi sebab customer kat luar tu kan ramai tak menang tangan mak ayahku. Lepas habis pakaikan seluar aku pun cergaslah berjalan ke semula ke tapak gerai aku tu. Tapi masa on the way tu aku tengok banyak mata dok tengok kat aku. Eh apasal ni, semua orang senyum kat aku tapi aku selamba ajelah balas balik senyuman semua orang yang senyum tu. Ada lah lebih kurang 20 orang yang aku selisih sebelum sampai kat gerai aku tu. Sesampainya saja aku tengok mak aku dok pandang satu macam kat aku. "Eh, Jai topi pesen apa yang hang pakai atas kepala tu ?"
"topi ? mana ada mak" "tu, cuba hang pegang atas kepala hang tu" mak aku menuding jari keatas kepala aku. Aku pun pegangler. Korang tau apa dia ? benda tu adalah seluar kecik aku yang hilang masa aku melepas tu ler... ... ..aku sangkut kat kepala masa kelam-kabut tadi lagipun dalam toilet aku tu tak dak tempat sangkut spender... adoi, aku tengok berdekah dekah orang kat keliling tu gelak kat aku... . patutlah dari tadi orang dok ushar satu maca kat aku... ... malunya aku rasa macam gelap dunia sat masa tu. Maka hari Rabu berikutnya aku 'ambik off' ler sebab malu nak menghadapi kenyataan... ... .
Moral of story :
Buatler penyangkut seluar dalam jamban anda...
Pontianak
Maka tersebutlah kisah perihal 3 ekor pontianak. Memasing nak nunjuk siapa yang paling terer. Mereka pun mengadakan sebuah pertandingan tunjuk sapa paling power.
Pontianak yang paling muda diberi kesempatan untuk memolakan pertandingan. Lalu dia pun terbang secepat kilat, tak sampai 2 minit dah balik. Mukanya penuh dengan lumuran darah, dan menyeramkan. Terus dia berkata : "Nkorang nampak kampung kat seberang bukit itu ?" Yang dua ekor pontianak tu ngangguk, "Iya, nampak." Satu kampung tu itu... habiissss aku kerjakan!!!!" Angin jugak dua ekor pontianak tu dengar keangkuhan pontianak muda.
Kini giliran pontianak yg setengah abad tu pulak Dia pun pergi sekelebat jugak, tak sampai 1 minit dah balik, mukanya juga penuh dengan cucuran darah. "Nkorang nampak Bandar tu ?", katanya dengan muker yg kerek "Iya, nampak", yang dua ngangguk juga. "Satu bandar itu juga habiiissssss!!!", kata pontianak yg setengah abad sambil ketawa seram," ha ha ha hah".
Pontianak yang satunya lagi tambah panas, dia pun nak show off jugak. Dia pun tunjukk skill terbang cam kilat. Amat lah terperanjat nya dua sahabatnya, sebab tak sampai setengah minit dia dah balik, dengan penuh cucuran darah di mukanya... Lalu pontianak yg 2 ekor tu berkata, "gilaa ahh dia ni tak sempat aku nak duduk dia dah balik, memang dia paling power". Sambil mengosok gosok idong nya pontianak tu pun berkata , "Nkorang nampak tembok batu tu ?" "Nampak ! Nampak!", kata yang 2 ekor tu... "Err aku tadi tak nampak".
Salah nombor
Seorang pria menelepon ke rumahnya dari luar kota, dan kebetulan yang menerima adalah si pembantu rumah tangga (PRT).
Pria : Hallo, selamat sore. Ibu ada?
PRT : Selamat sore. Ada, Pak.
Pria : Ini siapa?
PRT : Saya pembantu, Pak.
Pria : Baru, ya? Sepertinya kemarin ngga ada.
PRT : Ya, Pak, saya baru datang tadi siang.
Pria : Oh, begitu. Ibu ada, engga?
PRT : Ada, Pak, sedang tidur. Bapak siapa?
Pria : Saya suaminya.
PRT : Lho, kalau begitu, sekarang ibu sedang tidur dengan siapa, ya?
Pria : Apa? Maksudmu ada pria lain sedang tidur dengan ibu?
PRT : Benar, Pak.
Pria : Sialan, ... (dll. sumpah serapah) Eh, kamu bisa tolong saya? Nanti saya beri imbalan 1 juta.
PRT : Mau, Pak. Apa yang harus saya lakukan?
Pria : Masuk ke ruang kerjaku, ambil pistol di laci meja, kemudian tembak mereka berdua.
PRT : Saya harus menembak ibu dan pria itu?
Pria : Ya.
PRT : (termenung)
Pria : Bagaimana? Mau saya tambah 1 juta lagi?
PRT : Baik, Pak. Saya akan lakukan.
Pria : Cepat!!! Saya menunggu di sini.
Si pembantu kemudian mengambil pistol dan, DOR, DOR, DOR, DOR. (supaya listening TOEFL lebih meningkat, dengarkanlah sebagai BANG, BANG, BANG, BANG)
PRT : Sudah, Pak.
Pria : Bagus, sekarang untuk menghilangkan jejak, kamu buang pistolnya di kolam renang belakang rumah.
PRT : Kolam renang yang mana, Pak?
Pria : Yang di belakang rumah!
PRT : Ngga ada, Pak. Di belakang rumah ini ngga ada kolam renangnya, Pak.
Pria : Yakin?
PRT : Yakin, Pak.
Pria : Lho, bener engga sih, ini nomor 509760?
PRT : Bukan, Pak. Di sini 590760.
Pria : Oh, maaf. Salah sambung.
hahaaha..
Askar ngan Awek
Suatu hari seorang perajurit bersama komandannya naik kereta api menuju markas mereka di luar kota. Kerana tidak ada tempat duduk lain yang kosong, maka mereka pun duduk berhadapan seorang wanita muda cantik dengan neneknya.
Setelah beberapa lama, wanita muda dan perajurit itu saling menyukai satu sama lain. Mereka pun sering jeling menjeling dan berkenyit mata untuk menunjukkan perasaan mereka. Tak berapa lama setelah itu, kereta api pun memasuki sebuah terowong. Keadaan menjadi gelap. Tiba-tiba terdengar suara ciuman yang diikuti oleh bunyi tamparan. Setelah kereta api tersebut keluar dari terowong, keempat orang tadi duduk dengan tenangnya tanpa berbicara sedikit pun.
Mereka sibuk dengan fikiran masing-masing.
Si nenek berfikir dan berkata kepada dirinya sendiri, "Sangat memalukan perajurit muda itu mencium cucuku, tetapi nasib baik cucu aku menamparnya."
Si komandan pula tenggelam dalam lamunannya. "Tak sangka anak buahku ini berani mencium gadis cantik itu, tetapi terbukti gadis cantik itu tak suka padanya. Buktinya dia menampar anak buahku. Tapi sayang, aku yang kena."
Gadis cantik itu pula berkata dalam hatinya, "Gembiranya aku kerana akhirnya perajurit tampan itu berani menciumku, malangnya nenek pulak menamparnya."
Si perajurit muda nampak tersenyum puas dengan muka penuh kegembiraan. Dia berkata kepada dirinya sendiri, "Hidup ini indah, aku bukan saja dapat mencium seorang gadis cantik, tetapi sekaligus menampar komandan sendiri." He he he!
Pencari kayu
Alkisah diceritakan dalam hikayat satu hari satu malam maka tersebutlah kisah seorang pencari kayu.Adapun si pencari kayu ini terkenal dengan sifat jujurnya lagi ikhlas.Beliau tinggal dipinggir hutan bersama isteri tersayang,hidup bahagia walaupun tiada cahayamata. Suatu hari,ketika pencari kayu sedang menebang sebatang pokok di tepi sungai dengan tak semena-mena terlepaslah kapak besinya ke dalam sungai.Si pencari kayu berasa sedih kerana satu-satunya kapak yang merupakan hartanya telah hilang dalam sungai yang dalam itu.
Tiba-tiba muncul menjelma seorang pari-pari dan bertanya pada si pencari kayu,"Mengapa bermuram durja wahai tuan hamba?".Si pencari kayu pun memberitahu keadaan hal yang berlaku.Pari-pari tadi turun ke dalam sungai dan muncul dengan membawa kehadapan pencari kayu sebilah kapak emas.
"Adakah ini kapak milik tuan hamba?",tanya pari-pari.
"Bukan... ",jawab si pencari kayu ringkas.
Pari-pari turun semula ke dalam sungai dan kembali dengan membawa kapak dari perak.
"Yang ini tuan hamba punya?",tanya pari-pari lagi.
"Bukan yang ini",jawab si pencari kayu.
Sekali lagi pari-pari turun ke dalam sungai kali ini membawa kapak dari gangsa.
"Err..mungkin yang ini?,duga pari-pari.
"Pacal yang hina ini tidak mempunyai kapak yang bernilai ini",jawab si pencari kayu jujur.
Akhirnya pari-pari turun ke dalam sungai dan naik memegang kapak besi milik si pencari kayu.
"Ya,inilah kapak hamba yang terjatuh ke dalam sungai tadi".
Gembira dengan sifat kejujuran si pencari kayu,maka pari-pari memberi kesemua ke empat-empat kapak kepada si pencari kayu. Si pencari kayu pulang ke rumah begitu gembira sekali.
Selang beberapa tahun,si pencari kayu dan isteri berjalan di tepi sungai menuju ke pekan.Si isteri tersadung kaki pada batu lalu terjatuh ke dalam sungai tidak timbul-timbul.Maka meratap menangis si pencari kayu atas kehilangan isteri tercinta.
Pari-pari muncul lagi lalu bertanya akan hal keadaan yang menimpa si pencarikayu.Dengan nada sedih beliau berkata,"Isteri hamba jatuh ke dalam sungai tidak timbul-timbul... ".
Dengan segera pari-pari turun ke dalam sungai kembali bersam-samanya Siti Nurhaliza.
"Ini isteri tuan hamba?,"tanya pari-pari menduga.
"Yes..yes",jawab si pencari kayu.
Pari-pari begitu marah",Penipu,pembohonggg... .,nah terima baaa... ",belum sempat pari-pari habis menyumpah,si pencari kayu berkata,"Maafkan hamba!Bukan niat hamba berbuat demikian.Ini hanya salah faham".
"Jikalau hamba berkata 'TIDAK',tentu tuan hamba akan muncul dengan Maya Karin dan selepas itu Normala Shamsuddin.Akhirnya jikalau tuan hamba muncul bersama isteri hamba dan hamba kata 'YA" tentu tuan hamba akan memberi ke empat-empat mereka kepada hamba sedangkan hamba cuma seorang pencari kayu yang miskin.Sebab itulah hamba kata 'YA'!!!".terang si pencari kayu ikhlas.
Sekian adanya
**Cerita ini hanya rekaan semata-mata,tiada yang benar melainkan yang tidak benar belaka.Tidak menyentuh mana-mana pihak sama ada yang hidup atau yang telah meninggal dunia.Sekiranya berlaku adalah bukan dengan sengaja.Harap Maaf..
Alex Yoong
Alex Yoong pelumba F1 dari Malaysia sebenarnya boleh menang... tetapi berikut adalah batu penghalang untuk dia mencapai kejayaan :
1. Dia sentiasa ingat kempen "Pandu Cermat, Jiwa Selamat"
2. Dia malas nak kena 'press conference interview' kalau menang
3. Dia selalu "Ingatlah Orang Tersayang" iaitu awek cun dia.
4. Dia boleh elak 'starting accident' bila duduk belakang
5. Mengelakkan rambut Blycream dia rosak ditiup angin kuat
6. Dia pegang prinsip "Biar lambat, asal selamat"
7. Race day bukannya hari raya, bawak kereta laju2 nak cepat sampai kampung
8. Dia tak pakai tayar Silverstone buatan Malaysia
9. Boleh tengok Micheal Schumacher semasa Schumacher potong kereta dia
10. Dia tahu had laju Malaysia hanya 110 km/j sahaja dan takut kena saman ekor.
11. Kereta yang dia pandu tu tak laju. Tak cukup kuat.
Kesimpulannya, kita tak boleh nak salahkan dia... .. tetapi... kasihanilah dia... .
Buta
Seorang lelaki buta memasuki sebuah restoran. Amin, pemilik restoran itu juga berperanan sebagai pelayan mendatanginya dan menghulurkan menu.
"Saya orang buta dan saya tak boleh membaca menu. Tolong bawakan sudu kotor yang telah dipakai oleh pengunjung sebelumnya dan saya akan menciumnya. Dari situ nanti saya tahu masakan apa yang enak untuk dipesan," kata lelaki buta tersebut.
Amin mengumpulkan beberapa sudu bekas dipakai yang ada dan memberikannya kepada lelaki tersebut. Ia mencium sudu itu dan akhirnya berkata, "Saya pesan ikan pais dan sayur masak asam bang"... ... ... ...
Dengan agak terperanjat Amin mencatat pesanan lelaki buta itu. Menu itu memang menjadi kegemaran para pengunjung restoran tersebut. Beberapa hari kemudian lelaki buta tersebut datang lagi. Sekali lagi dia minta sudu bekas dipakai untuk dicium, tetapi bukan yang habis dipakai utk makan ikan pais dan sayur masak asam. Hanya ada satu sudu yang habis dipakai untuk makan menu lainnya. Amin memberikannya kepada lelaki buta tersebut yang kemudian memcium sudu itu dan berkata, "Bau sudu yang ini sedap juga, seperti habis diguna untuk makan ayam bakar dengan sayur ulam dan sambal belacan." Amin mengiyakan dan silelaki buta memesan makanan tersebut.
Lelaki buta itu untuk ketiga kalinya datang semula beberapa hari kemudian. Dia datang lebih awal ketika belum ada satupun pengunjung yang datang sehingga tidak ada sudu bekas diguna yang boleh diberikan untuk dihidu. Entah dari mana datangnya, tiba-tiba sifat nakal bodoh Amin muncul. Dia menghampiri isterinya yang berperanan sebagai tukang masak didapur.
Diberikannya satu sudu dan berkata, "Yati, sapu di ketiak kamu" "Apa-apa lah abang ni ?" tanya Yati tak faham. "Sudahlah ikut je lahhhh, untuk kemajuan restoran kita," kata Amin setengah memaksa. Yati menurut, mengusapkan sudu tersebut di "ketiak! nya" dan menyerahkan kembali kepada Amin.
Dibawanya sudu tersebut ke lelaki buta yang duduk menunggu. Lelaki buta melakukan seperti biasa dan berkata, "Aku tidak menyangka makwe lamaku Yati bekerja di sini... ... . boleh saya jumpa dia"