Wednesday, June 21, 2006
SOAL JAWAB DLM AGAMA
SOAL JAWAB DLM AGAMA
Nama : azny78
Soalan :
A'kum ustaz.. Saya ingin bertanya BATALKAH PUASA sekirannya mandi wajib (haid) pada pukul 6.30 pagi dan apakah hukum sekiranya melewatkan mandi wajib?
Jawapan :
Tak batal asalkan tidak memaksukan sesuatu dalam rongga yang terbuka. hukum mandi lewat sehingga terlewat subuh adalah berdosa, apatah lagi kalau tak sembahyang langsung. jadi, awal lebih baik.
Tarikh : 25/10/2005
Nama : SU
Soalan :
apa hukumnya ambik wudhuk dlm keadaan berbogel
Jawapan :
Makruh, ertinya dibenci oleh allah dan rasul, juga orang mukmin. elak jauhi.
Tarikh : 25/10/2005
Nama : Nur Farhana
Soalan :
Bolehkah orang yang bekerja berat seperti kerja kampung & kontraktor tidak berpuasa
Jawapan :
Dia wajib puasa dahulu, apabila tidak mampu bolehlah berbuka. tetapi dia juga kena ganti selepas itu. kalau seseorang itu asyik kerja sahaja waktu bila dia nak puasa. dalam hal ini lebih baik berpuasa dari berbuka.
Tarikh : 25/10/2005
Nama : eusof
Soalan :
bolehkan saya berzikir hanya sekali , tidak tiga kali didalam rukuk dan sujud.
Jawapan :
Tidak berzikir langsungpun tidak mengapa. tetapi yang sunat dan aftalnya ialah tiga kali.
Tarikh : 11/10/2005
Nama : athirah
Soalan :
Apakah hukum kita bersalaman dengan seorang lelaki bukan mahram dalam satu majlis rasmi
Jawapan :
Pada dasarnya tidak salah bersalam antara lelaki dengan perempuan. Tetapi jika dengan bersalam itu boleh membawa gejala maksiat, tentulah haram. jadi, kalau boleh elak lagi baik.
Tarikh : 11/10/2005
No Response to "SOAL JAWAB DLM AGAMA"
Leave A Reply