Wednesday, June 21, 2006
CERITA LAWAK
1] Seorang Nurse, Ratna menahan teksi. Sedang dalam perjalanan... Pemandu teksi iaitu Feddy asyik memerhati Nurse itu melalui cermin tengahnya..Merasa kehairanan... Nurse itu bertanya...
"Encik.. kenapa encik melihat saya begitu ??"
Feddy tersenyum malu dan berkata...
" Sebenarnya... saya selalu berfantasi....maaf ya... saya sangat ingin mencium seorang Nurse..."
"Oh begitu!! tak der masalah... encik boleh mencium saya.. kalau itu memang memberikan ketenangan buat encik... tapi saya ada syarat iaitu encik mesti masih single" kata Nurse...
Feddy gembira dan berkata...
"iya...iya, saya masih single".
Kemudian teksi itu diberhentikan di jalan sepi... Feddy terus mencium nurse
tu selama 10 minit... kemudian mereka pun meneruskan perjalanan kembali.
Tapi feddy menangis teresak-esak sambil berkata...
"Maafkan saya cik... saya merasa bersalah... sebenarnya saya sudah berkahwin".
Mendengar penerangan itu Ratna tersenyum bijak dan berkata...
"Sudahlah encik... tidak ada apa-apa yang perlu di bimbangkan... Saya juga bersalah. Saya juga bukanlah seorang Nurse... saya adalah seorang Mak Nyah yang kebetulan dalam perjalanan menuju ke pesta pakaian beragam"
"erk?!"
2] Al-kisahnya, pada zaman dahulu kala, seorang Raja yang takut bini, telah memerintahkan sekelian rakyatnya, LELAKI sahaja, berkumpul di suatu tempat seumpama stadium zaman sekarang.
Titah Raja: Wahai sekelian rakyat beta, sesiapa yang takut bini, semua berkumpul di sebelah kanan beta. Dan, sebaliknya, di sebelah kiri beta.
Maka, tanpa berlengah kesemua yang hadir berkejaran ke sebelah kanan Baginda, kecuali seorang sambil memeluk sebatang tiang.
Titah Raja (dalam hati): Hari ini aku dapat ilmu tak takut bini.
Titah Raja: Wahai saudara, kemari mengadap beta.
Lelaki: Tuanku lah ke mari ke tempat patik.
Titah Raja: Eh! Kamu lah kemari.
Lelaki: Tuanku lah kemari.
Titah Raja: Heh! Aku Raja kamu. Kamu kemari.
Lelaki: Tuanku lah kemari.
Titah Raja (dalam hati): Tak pa, ilmu punya pasal aku pergi.
Lalu Baginda pun mencemar duli ke tempat lelaki tadi. Sesampai sahaja di tempat lelaki tadi, Baginda pun bertanya.
Titah Raja: Apakah rahsia sebenar kamu, tidak takut bini ?
Lelaki: Sebenarnya tuanku, patik lah orang yang paling takut pada bini.
Titah Raja: Kan tadi Beta telah arahkan, sesiapa yang takut bini ke sebelah kanan Beta. Kenapa kamu tidak menurut perintah Beta ?
Lelaki: Sebenarnya tuanku, ISTERI patik telah berpesan kepada patik supaya, TUNGGU DI TIANG INI DAN JANGAN KE MANA-MANA SEHINGGA DIA DATANG.
Mendengarkan jawapan lelaki tadi, Baginda teramat murka lalu mengarahkan pengawal membunuh lelaki tersebut.
MORAL OF THE STORY:
KALAU TAKUT BINI SEKALI PUN JANGAN LAH SAMPAI MEMELUK TIANG.
3] Seorang rakan sepejabat telah beberapa kali memberitahu Amat yang isterinya berlaku curang dengan kawannya sendiri.
Melihat Amat seperti tidak percaya dengan ceritanya, suatu hari rakan tersebut berkata, "Mat, kau balik sekarang. Kau pasti akan lihat isteri kau sedang bermesraan dengan kawan kau tu".
Amat pun pulang untuk membuktikannya. Beberapa minit kemudian ia telah kembali dengan wajah lebih ceria, nampak lega.
"Bagaimana Mat?", tanya rakannya tadi.
"Kacau je kau nie. Dia bukan kawan aku. Kenal pun tidak, baru tadi pertama kali aku lihat dia..."
4] Kisah ini terjadi pada tahun 1990 semasa aku dan seorang rakan hendak mencari kedai spare-part motor. Aku yang pada masa itu memiliki lesen 'L' dengan penuh bangga lagi confident membawa motor kapcai ayahku untuk mencari kedai spare-part motor tanpa perancangan ke arah mana kami harus cari kedai tersebut . Di pertengahan jalan , aku dengan selambanya memotong laju sebuah motorsikal yang dinaiki dua orang anggota polis siap bersenjata . Sebaik sahaja aku memotong terdengar suara menjerit 'hoi' . Aku dengan macho buat-buat tak dengar . Malangnya kawan yang membonceng telah menoleh kearah polis tersebut lalu memberitahu dengan menepuk-nepuk bahu ku bahwa polis tu suruh kami berhenti . Aiseyyy .... aku dengan berat hati dan gabra giler ... berhenti di depan stesen minyak . Otak pun mula berputar-putar mencari alasan ....
Polis : Laju bawak motor ?
Aku : Maaf Bang ... ehh encik ... err...errr..err.. saya nak cepat nie ... ada hal sikit..
Polis : Awak tak dengar ke saya panggil tadi ?
Aku : Errr..errr... dengar .. ehh .. tak berapa dengar ..
Polis : Ni... nak pergi mana ni ??
Aku : Sanun !
Kawan : Sinun !
( Entah macamana kawan aku ... ikut JAWAB sekali soalan tu . Serentak kami jawab sambil menunjukkan arah jalan YANG BERLAINAN menggunakan isyarat tangan ! Kami berpandangan .... aiseyyyy .... kantoi ...kantoi ...kantoi .. aku berkata dalam hati.
Polis : (sambil senyum) korang sebenarnya nak kemana nie ?
Aku : (tersengih-sengih) ehh .. bang... encik.. err..errr.. kitaorang sebenarnya nak cari kedai spare-part motor.. tapi tak tahu nak gi mana lagi ...
Polis : Hemmm ...hemmm ... tengok ROAD-TAX ngan LESEN !
Alamak ... part nie leerrrr yang paling aku GABRA sekali ... adusssss ... kantoi aku kali nie. Dengan lesu aku bukak sit motor sambil otak terus mencari idea dengan mata memandang ke stesyen minyak(berfikir lerr tuu ..) ! Setelah agak lama ... tiba-tiba kawan aku menegur ..
Kawan : Kau cari apa ??
Aku : Road-tax ... jawab ku ringkas .
Kawan : (sambil tergelak) Mana ada road-tax kat situ ?
Aku : (terperanjat dari lamunan) Ehhh .... !!
Laaa ..... tanpa aku sedari aku sedang membuka PENUTUP TANGKI PETROL untuk mencari road-tax ! Polis yang memerhati mula tergelak-gelak .
Aku : (cover malu & buat2 lupa) Kat mana yea road-tax motor nie ??
Kawan : Bawah plastik beras tu kot .... apa daaa ... bawak plastik beras !!
Aku : (Ciss ... tak guna punya kawan kutuk aku ~ dalam hati) Ha ... ada pun .. nie dia .
Polis : (sambil menahan ketawa) hemmmm .... ada punn .. LESEN ?
Aku : Errr...errr...errr... ada ...nie dia .
Polis : Nie LESEN 'L' nie .. mana boleh naik ...
Aku : Errr...errr..eerrr .. saya tahu bang .. tak boleh naik berdua ... tapi ... hari dah hampir gelap ... kawan saya nie RABUN .. so ... saya terpaksa bawak motor nie. Kawan saya LESEN penuh bang ..
(spontan aku jawab sambil kenakan kawan aku balik ..heeheehee)
Polis : Tengok lesen awak ..
Kawan : Ada...ada...ada.... nah encik ( sambil menunjukkan lesen luar negara )
Polis : Nie bukan lesen Malaysia nie ?
Kawan : Errr...errr... tu international lesen tu... mana-mana negara boleh pakai .
Polis : (sambil memusing-musing lesen tunggang terbalik) mana dia punya KELAS ?? Takde pun tulis B ??
Kawan : (Dengan bangga dan confident) Ohhh ... lesen nie saya amik kat US ... lesen niee boleh bawak semua kenderaan.
Polis : (sambil garu-garu kepala tak paham ) Oh yea kerr ... Hemmm.. okey lah saya lepaskan awak berdua ... tapi awak kena tukar lesen tu yea kepada lesen Malaysia . (sambil gelak-gelak)..saya berdua sebenarnya dari bahagian mencegah jenayah. Kami sedang buat rondaan biasa jerr.
Aku dan kawan : ohhh .... Mekasih bebanyak encik.
Bila polis tu belah jerrr... kitaorang berdua bantai gelak lebih2 lagi mengenangkan gelagat aku yang gabra tu. Kami CANCEL pergi kedai spare-part .. balik rumah .. sebab udah masuk maghrib ... mandi dan SOLAT dulu lerrr .
_________________
5] Pada suatu hari ada seorang pembeli yang sedang tawar-menawar dengan seorang penjual buah mangga.
Pembeli : "Bang, berapa harga mangga sekilo?"
Peniaga : "RM7!"
Pembeli : "Amboi, mahal sangat... RM5 sudah la!?"
Peniaga : "Tak boleh dik, harganya dah cukup murah tu!"
Pembeli : "Kalau tak manis, macam mana bang?"
Peniaga : "Kalau tak manis, tak payah bayar!"
Pembeli : "Kalau macam tu, bagi saya yang tak manis 10 kilo!"
Peniaga : "#$%@%&%????...
_________________
6] Pada suatu hari,ada seorang yang kaya raya tapi buta teknologi namanya Pak Pandir, datang ke Kuala Lumpur. Ia berasal dari sebuah daerah yang sangat terpencil jauh di dalam hutan. Ia datang ke sebuah kedai handphone. "Saya mahu beli handphone yang paling baru, mahal dan canggih", katanya dengan nada sombong. "Ini encik, handphone yang encik inginkan...tapi wang encik cukup ke?", tanya pemilik kedai tidak yakin.
"Ini duit tiga ribu", jawab Pak Pandir. "Tapi handphonenya tak boleh hidup pun?" marah Pak Pandir. "Oh, encik perlu beli sim card ... baru boleh guna". "Saya beli sim cardnya" jawab Pak Pandir. Tak lama kemudian, urusan mereka pun selesai dan Pak Pandir kembali ke kampungnya.
Sesampai di kampung, handphonenya tak boleh digunakan, Pak Pandir rasa marah dan segera pergi ke Kuala Lumpur semula.
"Awak tipu saya ya!!!Handphone saya tak boleh buat panggilan!!!!!!!!!!" marah Pak Pandir. "Oooooo......mungkin tak ada signal encik".
"Saya beli signalnya sekali. Kalau jual handphone jangan lupa jual signalnya sekali"
7] Takut hantu?.....ha kali ni kalau anda terjumpa hantu,ikut cara-cara dibawah;
*Pocong: Hantu yang berbungkus macam lepat pisang ini memang dicari kelemahannya.Kita cuma erlu buka tali pengikat di atas kepalanya dan rentap kain balutannya.Dah tentu pocong itu akan berasa malu krn dia tdk pakai apa2 pun selain kain kapan yg menbngkusnya itu.
*Langsui:Hantu ni suka pandang muka kita,jadi beranikan diri anda tenung balik muka dia sambil jelir2lidah.kalau tidak pun,tunjuk cermin muka kat dia,pasti dia malu sebab mukanya hodoh.
*Puntianak:Hantu yg suka ketawa.Kalau terseremak dengan puntianak kita pun mestilah ketawa sama.kalau blh mengilai lbh kuatdari dia,tentu pontianak tu boring.
*Hantu Raya:Hantu ini suka beraya dan suka menyamar menjadi tuannya.Cara mengalahkan nya senang saja,buatlah macam anda sedang sambut hari raya tiap kali jumpa hantu raya,bagi dia duit raya,ajak main meriam buluh,kacau dodol,anyam ketupat dan jaga lemang.Tentu hantu ni taubat tak mau kacau kita sebab banyak betul kerja dan aktiviti dia kena buat.
*Hantu Galah:Hantu nilah yang paling tinggi kat muka bumi.Kalau terjumpa dia,kita hendaklah meniarap di bawah kengkangnya,lepas tu ketawa sambil tunjuk****nya.Pasti hantu galah ni boring dan malu yg teramat sgt.
*Jarangkung:Hantu ni ada kulit tapi nipis.Tinggal rangka je.Paling mudah nak menewaskannya,iaitu lari ke rumah yg ada bela anjing.Gerenti jerangkung lari lintang pukang sebab takut kena kerekah dek anjing tadi......
*Toyol:Lagi senang nakkalahkan,bagi duit satu sen berguni-guni...nanti siToyol tu ingat duit emas,pas tu pikul bawa balik umah tuannya.Sah le kena panampar jepun dari tuannya kerana mana nak tukar duit satu sen banyak tu?
ha......jangan tak tau kawan2.Lepas baca tip ni,dah tak payah takut-takut ngan hantu lagi.Takut lah dengan diri sendiri sebab diri sendiri lebih menyeramkan dari hantu!!!!!!!!
_________________
8] suatu malam yang kire² duan tahun yang lalu,3 orang student sebuah sekola berasrama kat kedah nieh terpaksa mintak kebenaran untuk kuar outing pada waktu malam sebab diorang kena beli sesuatu yang penting untuk persedian hari esok.Sekolah nieh memang duk kat ulu² sket..kire bas waktu malam memang payah nak lalu kat situ.Tapi diorang tetap nak tunggu bas malam tuh! Sewaktu diorang tengah tunggu bas...terlintas laa kat fikiran diorang sal kejadian² misteri nusantara yang selalu diorang dengar terjadi kat tempat tuh.Jadi mencacak jugak laa bulu roma diorang dengan di tambah pulak tiupan angin yang seram sejuk dan bunyi² yang menyeramkan.Yaa laa sapa yang tak seram kalo duk kat bus stop kol 12mlm.kat tempat ulu² plak tuh!Tunggu punya tunggu,akhirnya diorang sebuah bas kelihatan dari jauh sedang meluncur ke arah bus stop tempat tgh tunggu.Tapi yang pelik nyer,lampu bas tuh tak berapa terang cam lampu kenderaan lain.Tapi tak kisah arr...diorang tunggu gak sampai bas tuh datang kat bus stop.Alangkah terkejutnya bila diorang bila nampak bas tuh bergerak dari belakang...(kire bergerak cam tgh gostan)..tanpa mempunyai seorang penumpang pun kat dalam bas tuh termasuk driver.So,apa tunggu lagi...diorang pun menjerit tahap cipan laaa and 2org daripada 3org student tuh trus lari memecut sambila yang seorang lagik tuh menjerit sampai terkencing kat bus stop tuh.Lepas tuh,tiba² jaa ada seorang pak cik tua datang dari arah depan bas tuh and berkata "YANG HAMPA DUK MENJERIT CAM SIAL SAMPAI TERKENCING TUH PASAI PAAA??? AKU SAMPAI NAK MAMPUIH PI TOLAK BAS NIEH KAT DEPAN,HAMPA BUAT AKU TAKUT PLAK!!LAA NI MAI TOLONG AKU TOLAK BAS NI PI TEPI JALAN!!"
-hahahaha....sebenarnya pak cik driver tuh pun takut sial!!
9] Pak Hike seorang yg tamak harta.. Dia menawarkan anak dara suntinya,Azu yg cun melecun kepada golongan yg kaya raya sahaja..Suatu hari datang la Misterie, seorang usahawan jual tengkorak ingin melamar anak Pak Hike . Beliau dah lah kurang sifat banyak cacat cela tetapi beliau malas solat. Setelah
3 hari berkahwin.. Misterie masih duk kat umah mentuanya. Setelah azan maghrib berkumandang.. Pak Hike mengajak Misterie utk solat maghrib berjamaah.
Misterie gelabah.. Sebelum ini dia tak pernah solat. Lalu Misterie masuk ke bilik untuk menemui isterinya.
"yang.. camner ni.. abg tak penah solat ni"
"takpe bang.. abg ikut je ape yg ayah buat" isterinya berbisik perlahan..
Misterie pun keluar untuk solat bersama Pak Hike. Setelah Pak Hike takbir.. Misterie ikut takbir... lalu Pak Hike membaca surah alfatihah..
"bismillahirrahmanirrahim..." dia pun turut membaca bismillah dengan lantang...
"bismillahirrahmanirrahim..." aisyh! pelik menantu aku ni. mazhab mana yg dia ikut? setahu aku imam je yg baca kuat.. getus hati Pak Hike .. Pak Hike buat selamba. dia terus membaca surah al-fatihah. Misterie pun turut membaca surah al-fatihah dgn kuat seolah-olah seorang budak yg baru nak belajar mengaji. Pak Hike pelik.. lalu dia terus berpaling ke belakang utk melihat Misterie. Misterie turut berpaling ke belakang kerana mengikut gerak langkah Pak Hike .
"ish! gila ke menantu aku ni??" Pak Hike berjalan ke depan utk menjauhkan diri dari Misterie. Misterie turut berjalan ke depan mengikut langkah Pak Hike. Pak Hike terus melarikan diri melalui pintu depan dan terus menuju ke sawah di tepi rumahnya. Misterie terus berlari mengejar Pak Hike sampai ke tepi sawah. tiba-tiba Pak Hike tergelincir lalu jatuh ke dalam sawah padi. Misterie pun turut menjatuhkan badannya ke dalam sawah seolah-olah tergelincir. Pak Hike pun terus bertanya kepada Misterie...
"Misterie apesal yg ko ikut aku sampai ke sawah ni?"
"ayah.. susah ye nak solat maghrib ni. baru saya tau. sampai kena berlari.
10] Suatu hari Pak Pandir yang baru lepas dapat duit raya ingin makan di Mc'Donalds. Bila dia sampai dia tak tahu nak order aper... maklumlah tinggal terpencil di hujung kampung... sedang dia berfikir datang seorang lelaki
lingkungan 30'an ditepinya... Ahmad namanya... Pak Pandir pun merancang untuk meminta seperti apa yang Ahmad minta..
Ahmad : Bagi Big Mac satu..
Pak Pandir: bagi Big Mac satu...
Ahmad: Air... Bagi air coke yer...
Pak Pandir: Air... Bagi air coke yer...
Ahmad pun menjeling pada Pak Pandir... namun Pak Pandir buat tak tahu ajer...
Ahmad: ooo yer cik..bagi ash-tray satu yer... ( masa tu Mc donalds buleh merokok lagi)
Pak Pandir : ooo yer cik... bagi ash-tray satu yer...
Ahmad mula meradang lalu memarahi Pak Pandir...
Ahmad : hoi... yang kau pesan sama macam aku tu kenapa hah... takder otak ker?
Nak tahu aper Pak Pandir jawab? lebih kurang begini:
Pak Pandir: Aper... kau ingat kau sorang jer ker makan ash-tray?!?
Ahmad yang marah tadi tiba-tiba menggeleng kepala dan terus berlalu dari situ...
No Response to "CERITA LAWAK"
Leave A Reply