Wednesday, June 21, 2006
CERITA LAWAK II
1] Pada suatu malam, seorang ayah mendengar anaknya berdoa. "Ya, tuhanku,selamatkanlah Mak, Ayah, Nenek. Selamat tinggal, Datuk".
Si ayah kurang pasti akan maksud doa tersebut, tetapi keesokan harinya si datuk ditemui mati kerana sakit jantung.
Pada malam itu, si ayah mendengar anaknya berdoa lagi. "Ya, tuhanku,selamatkanlah Mak dan Ayah. Selamat tinggal, Nenek".
Si ayah terasa amat risau. Keesokan paginya, si nenek pula ditemui mati,juga kerana sakit jantung.
Si ayah yang ketakutan mendengar anaknya berdoa lagi malam itu. "Ya,tuhanku, selamatkanlah Mak. Selamat tinggal, Ayah".
Si ayah panik sepanik-paniknya. Dia berjaga sepanjang malam dan pagi-pagi lagi sudah pergi bertemu dengan doktor untuk memastikan bahawa dia sihat.
Bila dia pulang ke rumah, isterinya menunggu di depan pintu. "Bang, abang pergi mana, kalau abang ada pagi tadi boleh jugak tolong tolong, kecoh pagi tadi tau!"
Si ayah yang hairan bertanya, "apa yang terjadi pagi tadi?"
Isterinya (dengan muka sedih) menjawab "Tukang kebun kita, Pak Mat mati sakit jantung pagi tadi ..."
Si ayah... ?@!%^#=+??
Kwang Kwang Kwang ...
2] Chot merempuh masuk ke satu perpustakaan awam dan meluru ke meja pendaftaran.
"Saya nak buat aduan! Saya nak komplen!" jerkah Chot.
"Ada apa, encik?" tanya pustakawan bertugas.
"Saya ada pinjam satu buku cerita dari sini minggu lepas dan ianya sungguh mendukacitakan!" kata Chot.
"Apa masalahnya?" tanya pustakawan itu lagi.
"Banyak sangat watak dalam buku cerita tu dan saya tak paham langsung apa yang cuba buku tu kisahkan. Tak ada jalan cerita langsung!"
Pustakawan tersebut berkata,
"Ahh... jadi, encik ni la yang ambil buku panduan telepon kami yang dah hilang dekat seminggu tu!"
3] Suatu pagi di satu kelas darjah dua...
Cikgu: Hasan,sambungkan 2 ayat ini menjadi satu. 'Ali menaiki basikal ke sekolah. Ali ternampak mayat.'
Hasan: Ali ternampak mayat menaiki basikal ke sekolah.
4] pada satu malam.......
ader sepasang kekasih nih sedang bercinta.......
mereka pergi la dating kat tepi pantai dalam keta........
semasa mereka dok kat dalam keta......hizam meletakkan tangannya diatas peha aisah....
dia menaikkan lagi beberape inci lagik.....
aisah : sudahkah abang membaca buku untuk berjaya(bab 15)???
hizam :Ooh...saya minta maaf...saya tak membaca lagi....(sambil menurunkan tangannya).
setelah sampai rumah hizam terus membaca buku untuk berjaya....dia membaca bab 15..
di bab 15 tertulis teruskan usaha anda.....jangan berhenti......
_________________
5] pada musim cuti tahon lepas..aku balik la ke rumah mak aku....sebelum blk aku sempat la pergi ke mall nak bli hadiah bwat mak aku...
tiba-tiba perut aku terasa memulas....aku pergi la ke bilik air yg berdekatan....lepas masok...putt lega rasenye sambil melepas
pastue ader mamat sorang nih cakap
mamat sorang nih:ko cam mana??
aku pon jawab la:okey gak ler..
mamat sorang nih:bila ko nak blah??
aku pon jawab:lepas lega nanti aku blah la..
mamat sorang nih:ko kat mane nih??
aku jawab:aku kat seblah ko la..
mamat sorang nih:kk...aku tepon ko blk nanti. time aku tanye ko, mamat bodo seblah nih dok jawab.
malunya aku..aku tros kluar sambil tutup muka
MORAL:JaNgAn MeNyAmPuK BiLa OrAnG NgAh CaKaP
6] Satu hari di klinik swasta... Kudut datang berjumpa doktor untuk mendapatkan
rawatan sakit belakang.
Doktor: Apa hang dah buat dgn belakang hang ni?
Kudut : Saya keje syif malam. Bila saya balik umah saya kat tingkat 3pagi
tadi, saya dengar bunyi bising kat dlm bilik tido saya. Saya saspex ader
org dah tido dgn bini saya. Saya tgk pintu balkoni saya terbuka. Saya berlari ke situ, jenguk ke bwh dan nampak sorang lelaki kelam-kabut lari sambil pakai
baju dan seluar dia... pas tu saya trus angkat peti ais saya dan campak
kat lelaki tu. Tu yg sakit belakang sampai skrg ni, doktor. Tetiba, Chet meluru masuk ke bilik rawatan. Keadaan Chet nampak serius seolah-olah baru lepas dilanggar kereta,
Doktor: Uih! Pesakit yg saya tgh periksa ni nampak teruk. Tapi hang lagi
dasyat aku tgk.... apa dah jadi?
Chet: Saya dah lama menganggur. Ari ni ari pertama keje baru saya. Tapi saya
lupa set alarm semalam dan pagi ni saya dah terlambat. Tgh saya berlari ke
stesen bas sambil pakai baju dan suar saya, tetiba je ada sebijik peti ais
hinggap kat belakang saya, doktor! Kemudian, Chot masuk ke bilik doktor tadi. Keadaan Chot lagi teruk daripada Chet dan Kudut. Doktor terkejut bewak..
Doktor: Hang pesal lak ni?
Chot: Saya ada kat dlm satu peti ais. Tetiba jer ader org campak peti ais tu
ke bwh dari tingkat 3, doktor!!!
7] Dalam satu kampung, sorang cucu tinggal dengan datuknya sebab kedua orang
tuanya pergi menoreh getah. Si datuk ni merangkap baby sitterlah kononnya.
Satu hari si cucu pulang ke rumah daripada bermain-main lalu bertanyalah
kepada datuknya "Tok, tadi Dol cakap kondom... kondom tu apa tok?."
Terkejut datuknya. Tapi dengan selambanya dia berkata "kondom tu
songkoklah, macam atuk pakai ni" OOoooo macam tu kata si cucu.
Pada hari lain pula sicucu bertanya lagi. "Tok, tadi Minah sebut panties..
apa ke bendanya tu tok?" Terkejut bukan kepalang datuknya. Tapi dengan
selambanya jugak dia menjawab "Alah...itu kain..yang emak kau pakai tu."
Satu hari yang lain pula sicucu bertanya lagi... "Tok mesuntut tu apa?"
Si datuk malas nak melayan lalu dikatakannya mesuntut tu makan nasi.
Akhirnya sicucu bertanya lagi ....."Tok, beromen tu apa?" "..Alaah kau ni
banyak sangat bertanya..beromen tu macam ayah dan mak kau..kerjanya
menorehlah."
Suatu hari yang panas datanglah tok Penghulu berkunjung ke rumah
kanak-kanak tu..selepas diberi salam beberapa kali lalu dijawap oleh
kanak-kanak tu.. "Datuk kau ada?" Tak ada tok penghulu. "Dia pergi kedai..
Naiklah tok penghulu." Tok penghulu pun naik sambil mengipas-ngipas dengan
songkoknya. Lalu berkata budak yang keletah itu. "Tok penghulu, kalau
panas sangkutlah kondom tu kat dinding" Terkejut yang amat sangat tok
Penghulu tu. "Ehhh mana abang kau? " "Ada kat dapur tengah mesuntut" "...
Kakak kau?" "..ada kat sungai tengah basuh panties..banyak panties dia kena
basuh." "Mak ayah kau? EEEh tok penghulu kan hari tak hujan beromen
mereka." Lalu tok penghulu pun pengsan.
THE MORAL OF THE STORY IS ............JANGAN CAKAP BOHONG PADA BEBUDAK.
8] jeng....jeng....jeng
disebutlah alkisah...!!
ader lah seorang pesakit mental di hospital bahagia nih dan seorang doktor
pesakit: doktor, dimanakah telinga lipas berada??doktor tahu tak??
doktor: mestilah tahu..(sebnarnye tak tahu)...
pesakit:sebnarnye,telinga lipas ader di kakinye mari saya tunjukkan. doktor tengokla lipas nih.kaki nya masih penuh..apabila saya kata lari dia lari
pesakit:LARI..!!! (lipaspon lari dengan lajunya)doktor tengok apabila saya cabut kaki nya ..
doktor:ok
pesakit:LARI..!!!(lipas tak berlari)doktor knapa lipas tak lari??
pesakit:ini kerana saya dah cabut kakinya dan telinga nya ader di kaki...
pesakit:sebab itulah lipas nih taklari
MORAL:jangan percaya pada sesetengah benda yang lojik
9] PADA SUATU ARI. PAK PANDIR NAK PERGI KEDAI KOPI.LEPAS TU DIA NAMPAK SKETUL TAIK.
TETAPI MANUSIA BODO INI TAK PASTI BAHWA ITU TAIK ATAU TIDAK.OLEH KERANA KESMUSYKILAN YANG TRAMAT SANGAT NI. DIA MENGUJI TAIK TERSEBUT.DIA PEGANG TAIK TERSEBUTLALU BERKATA"LEMBIK MACAM TAIK".DIA MELIHAT TAIK TER SEBUT LALU BERKATA"BENTUK MACAM TAIK" .LEPAS TU DIA MENGAM BIL KEPUTUSAN UNTUK MENJILAT SEDIKIT TAIK TERSEBUT LALU BERKATA"RASA MACAM TAIK. NI MESTI TAIK.SAPER LA YANG MELEPAS MERATA RATA NII.NASIB BAIK TAK TERPIJAK." BEGITULAH KISAHHHHH SEORANG PAK PANDIR YANG BODO.
10] Murid-murid: Selamat pagi, cikgu.
Cikgu: (Menengking) Mengapa selamat pagi saja? Petang dan malam, awak doakan saya tak selamatkah?
Murid-murid: Selamat pagi, petang dan malam, cikgu!
Cikgu: Panjang sangat tu! Tak pernah pun dibuat oleh orang lain! Katakan saja selamat sejahtera! Senang dan penuh bermakna. Lagipun ucapan ini meliputi semua masa dan keadaan.
Murid-murid: Selamat sejahtera, cikgu!
Cikgu: Sama-sama, duduk! Dengar sini baik-baik. Hari ini cikgu akan menguji kamu semua tentang perkataan berlawan. Apabila cikgu sebutkan
perkataannya, kamu semua mesti menjawab dengan cepat lawan bagi perkataan-perkataan itu, faham?
Murid-murid: Faham, cikgu!
Cikgu: Saya tak mahu ada apa-apa gangguan.
Murid-murid: (senyap)
Cikgu: Pandai!
Murid-murid: Bodoh!
Cikgu: Tinggi!
Murid-murid: Rendah!
Cikgu: Jauh!
Murid-murid: Dekat!
Cikgu: Keadilan!
Murid-murid: UMNO!
Cikgu: Salah!
Murid-murid: Betul!
Cikgu: Bodoh!
Murid-murid: Pandai!
Cikgu: Bukan!
Murid-murid: Ya!
Cikgu: Oh Tuhan!
Murid-murid: Oh Hamba!
Cikgu: Dengar sini!
Murid-murid: Dengar situ!
Cikgu: Diam!
Murid-murid: Bising!
Cikgu: Itu bukan pertanyaan, bodoh!
Murid-murid: Ini adalah jawapan, pandai!
Cikgu: Mati aku!
Murid-murid: Hidup kami!
Cikgu: Rotan baru kamu tau!
Murid-murid: Akar lama tak tau!
Cikgu: Malas aku nak mengajar kamu semua!
Murid-murid: Rajin kami tak belajar cikgu!
Cikgu: Kamu gila!
Murid-murid: Kami siuman!
Cikgu: Cukup! Cukup!
Murid-murid: Kurang! Kurang!
Cikgu: Sudah! Sudah!
Murid-murid: Belum! Belum!
Cikgu: Mengapa kamu semua ini bodoh
sangat?
Murid-murid: Sebab kami semua itu pandai sikit!
Cikgu: Oh! Melawan!
Murid-murid: Oh! Mengalah!
Cikgu: Kurang ajar!
Murid-murid: Cukup belajar!
Cikgu: Habis aku!
Murid-murid: Kekal kami!
Cikgu: O.K. Pelajaran sudah habis!
Murid-murid: K.O. Pegajaran belum bermula!
Cikgu: Sudah, bodoh!
Murid-murid: Belum, pandai!
Cikgu: Berdiri!
Murid-murid: Duduk!
Cikgu: Saya kata UMNO salah!
Murid-murid: Kami dengar KeADILan betul!
Cikgu: Bangang kamu ni!
Murid-murid: Cerdik kami tu!
Cikgu: Rosak!
Murid-murid: Baik!
Cikgu: Kamu semua ditahan tengah hari ini!
Murid-murid: Kami dilepaskan tengah malam itu!
Cikgu: (Senyap dan mengambil buku-bukunya keluar.)
Sebentar kemudian, loceng pun
berdering. Murid-murid berasa lega
Kerana guru yang paling ditakuti oleh mereka telah keluar. Walau
bagaimanapun, mereka merasa bangga kerana telah dapat menjawab kesemua soalan cikgu tadi, tetapi esok masih ada.Cikgu itu pasti akan datang lagi....
P.S.: Moral of the story: Don't ever ask anybody answer you in "kata
berlawan". Okay. That's it!!! Nice or not???
No Response to "CERITA LAWAK II"
Leave A Reply