Wednesday, June 21, 2006

CERITA LAWAK III

Posted on 4:58 AM by [XY]

1] Seorang ibu sedang sibuk di dapur mendengar anaknya yg baru berusia sepuluh tahun bermain di ruang tengah. Si ibu mendengar anaknya berkata begini...
"Para penumpang.. Encik2 dan Puan2 keparat sekalian.. dipersilakan naik ke pesawat dan duduk di kerusi masing2.."

Si ibu terkejut, bergegas mendatangi anaknya dan berkata : "Nak ooo Nak.. kan ibu dah kata.. jangan gunakan kata-kata kotor seperti itu. Sekarang.. engkau kena hukum... berdiri diam di dapur selama 2 jam!"

Dua jam kemudian hukuman pun berakhir. Si anak terus saja meneruskan permainannya. Si Ibu di dapur kembali mendengar anaknya berkata-kata dalam permainannya itu...
"Para Penumpang.. Encik2 dan Puan2 yg dihormati. Sebentar lagi pesawat kami akan terbang. Silakan Naik dan duduk ditempat masing2... Selamat menikmati penerbangan kepadaEncik2 dan Puan2 yang terhormat"

Ibu yg di dapur tersenyum puas.. tetapi kemudian didengarnya lagi anaknya meneruskan ucapannya,
"Bagi yg ingin memprotes kerana penerbangan ini terlewat DUA JAM... Sila protes kepada wanita jahanam yg kini berada di dapur


2] Sebaik sahaja mengambil tempat duduk di ruang menunggu sebuah klinik,
Shan terpandang Amin sedang menangis teresak-esak. Dia segera mendekati Amin.

Shan : Kenapa menangis?
Amin : Saya datang untuk ujian darah.
Shan : Awak takut ke?
Amin : Bukan itu sebabnya. Semasa ujian darah dijalankan, mereka telah terpotong jari saya.
(Mendengarkan penjelasan Amin, Shan menangis.)
Amin : Eh, kenapa pula awak menangis?
Shan : Saya datang untuk ujian air kencing...
_________________

3] Pada suatu hari ada seorang lelaki kaya ingin mengadakan
kenduri untuk anaknya. Untuk itu dia ke bandar untuk membeli ayam di kedai Pak Romee.

Lelaki kaya: "Saya ingin memesan 100 ekor ayam untuk esok, ini alamat saya
(seraya memberikan kadnya)." Pak Romee: "Baik tuan,saya akan suruh anak buah saya
untuk menghantarkannya ke rumah tuan." Selepas itu, Pak Romee memanggil anak
buahnya yang bernama Ehwan Afendi dan memberikan arahan...

Pak Romee: "Wan, tolong hantar 100 ekor ayam esok ke alamat ini (sambil memberikan
kad lelaki kaya tadi)."

Ehwan : "hantar ayam? Beres Tuan !"

Esoknya dengan menunggang motor si Ehwan pergi menghantar100
ekor ayam tersebut. 50 ekor diletakkan di sebelah kanan dan 50 ekor
lagi diletakkan di sebelah kiri. Akan tetapi malangnya, di tengah perjalanan
dia terjatuh dari motornya..., ayam-ayam yang dia bawa langsung terlepas
dan lari bertempiaran. Orang ramai datang untuk mengetahui keadaan si
Ehwan. Tetapi si Ehwan tidak apa2 malah ketawa terbahak-bahak. Seseorang
diantara meraka datang bertanya, mungkin dia merasa khuatir kerana melihat
si Ehwan ketawa ...

Orang yg bertanya : "Bang, abang tak apa-apa kan... ? Kepalanya tak
sakit kan?"

Ehwan : "Ha... ha... ha... !"

Orang yang bertanya : "Bang, kenapa bang ?"

Ehwan: "Ha... ha... ha..., dasar ayam-ayam bodoh, mereka
nak lari ke mana? alamatnya kan ada pada aku... Hua.. ha.. ha.. ha....."


4] Ada seorang budak kecik, Boboi namanya umur dlm 4 thn. Dia nih memang gemar sangat kencing.
Mungkin pundi kencing dia longgar agaknya. Kadang-kadang tu pergi fun-fair ke, supermarket ke,
mana-manalah tempat yang ramai orang, kalau dia nak kencing ajer..sesuka hati dia jerit kat mak dia...
"mak..boboi nak kencing!!!".

Maka mak dia pon mencari jalan penyelesaian utk Boboi sebab mak nya malu dengan perangai Boboi nih
menjerit kat tempat yang ramai orang. Maka mak nyer pon kata kat Boboi,
"Boboi..lain kali kalau Boboi nak kencing, Boboi cakap nak nyanyi,ok?". Boboi pon mengangguk tanda paham.

Nak dijadikan cerita, satu hari mak Boboi ada outstation, jadi Boboi di hantar bermalam dengan neneknya.
Masa tuh dah agak malam, nenek pun dah terbaring penat setelah seharian melayan karenah Boboi.
Budak boboi nih bukan tau orang tua tuh penat ke idak. Dia pun menjerit kat neneknya...
"Nenek...Boboi nak nyanyi!!".

Neneknya membalas "Dah malam nih,esok lah nyanyi, nanti orang rumah sebelah marah pulak boboi bising!",
terang nenek. Si boboi terus mendesak juga. Akhirnya neneknya pasrah...
"Um..yerlah..boboi.boboi nyanyi perlahan-lahan kat telinga nenek ye....."

mesti korang bleh agak ape yg berlaku seterusnya kan.. hihihihi


5] Zuraini berjumpa ayahnya untuk meminta persetujuan berkahwin dengan Shahrul.

"Ayah, Shahrul mahu melamar saya" kata Zuraini.

"Apa kau nak kawin dengan Shahrul?.. tak boleh!!" Kata ayahnya dengan nada tinggi,
"Kau boleh kawin dengan siapa saja asal jangan Shahrul..."

"Kenapa saya tidak boleh kawin dengan Shahrul?" Tanya Zuraini

Sambil berbisik...ayahnya memberitahu...
"Sst jangan sampai emak kau tahu ya.. Shahrul itu adalah abang kau."

Zuraini terkejut... lalu pergi mencari emaknya.

"Mak.. kenapa ayah melarang saya berkawin dengan Shahrul" tanya Zuraini kepada emaknya.

"Engkau tak payah dengar cakap ayah kau tu.. kau boleh kawin dengan Shahrul..." emaknya menjelaskan.

Zuraini hairan bercampur gembira..
"Kata ayah Shahrul itu abang saya...?"

"Ayah engkau juga tidak tahu yang engkau tu bukan anaknya."


6] Pada satu malam, ada pasangan yg agak berumur sedang makan malam dengan romantiknya bagi menyambut ulangtahun perkahwinan mereka yg ke 50 tahun.

Suaminya, seorang Tan Sri dan bekas ahli politik mula bercerita tentang nostalgia mereka suami isteri, sekian lama hidup bersama, suka duka, susah dan senang. Si suami memang menyanjung isterinnya, bernama Maria.

"Maria, selama kita kahwin ni, suka duka kita lalui, susah senang kita tempuh, abang amat menyanyang Maria, tapi ada satu perkara yg asyik bermain-main di benak abang ni dan abang selalu bertanya-tanya. Berterus-teranglah dgn abang pada malam ni, pernah tak Maria curang dgn abang selama ni?"

Maria agak terkedu sekejap dan merenung panjang muka suaminya itu, lalu berkata dengan penuh kekesalan, "Ya abang, Maria mengaku pernah curang dgn abang, tapi hanya 3 kali sahaja selama ni"

"3 kali?" Tan Sri tu agak terkejut, tapi tak la marah, dah tua dah dan memang berniat utk memaafkan isterinya,"Bagaimana boleh terjadi 3 kali tu Maria?"

Perlahan jer la isteri dia mula membuka lebaran cerita lama, "Abang ingatkan masa kita mula-mula kawin, terus beli rumah dan selang beberapa tahun, kita susah sangat masa tu hingga rumah kita hampir nak dirampas oleh bank"

"Ya, abang ingat peristiwa tu" jawab si suami. Si isteri menyambung cerita, "Abang pasti ingat yg pada satu petang tu Maria pergi jumpa pegawai bank tu dan esoknya, bank tu tak jadi rampas rumah kita, malah bagi tambahan pinjaman utk abang mulakan perniagaan.."

"Emmmm.. sukar buat abang menerima kenyataan ini, tapi abang maafkan maria kerana apa yg maria buat tu untuk masa depan kita jugak", kata si suami, " Kali ke 2 pulak?"

"Abang ingat tak, abang hampir menemui maut sebab ketumbuhan dalam otak pembedahan?" si isteri menyambung cerita "Ya, abang ingat" jawab si suami. "Kalau macam tu, abang pasti ingat yg Maria ada pergi jumpa doctor pakar tu dan esoknya, dia setuju buat pembedahan utk abang tanpa bayaran apa-apa pun.."

"Oh maria, walau perit hati ini mendengarkan, tapi abang tetap maafkan maria sebab apa yg maria buat tu untuk masa depan kita jugak dan kerana sayangkan abang jugak.. yang kali ke 3 macam mana pulak? ", kata si Tan Sri. Si isteri menundukkan mukanya dan menjawab penuh lemah, "Abang, ingat tak masa abang bertanding merebut kerusi bahagian dan abang perlukan 248 undi lagi...."

Tan Sri pengsan kat situ jugak...
_________________



7] Ayam : Manusia ni memang pentingkan diri sendiri!
Lembu : Kenapa kau kata macam tu?
Ayam : Tengoklah. Apa mereka buat kat aku!
Lembu : Hah! Buat apa pulak?
Ayam : Aku ni bertelur hari-hari. Aku cadang naklah dapat anak dua tiga ekor. Orang kata ada juga waris aku bila aku dah tak de nanti.Tapi manusia ni memang tak berhati perut. Hari-hari dia orang makan telor aku,Macamana aku nak dapat anak!
Lembu : Alah! Kau punya masaalah kecil aja!
Ayam : ?? Maksud kau?
Lembu : Aku ni, kalau fikirkan nasib aku lagi malang. Rasa nak bunuh diri pun ada. Bayangkan, hari-hari manusia minum susu aku tapi sorang pun tak pernah panggil aku MAK!
Ayam : ?? (Dalam hati: Tak boleh pakai punya lembu!)


8] > Al-kisah ada seorang businessman yang kaya raya bernama Hj.Teepo. Apa
saja
> nama bisnes atas muka bumi ini, dia ada. Sayang, kekayaan Hj.Teepo
adalah
> sebahagian besar hasil penipuan dan putar alamnya dalam bisnes.
Sahamnya
> berpuluh juta, hasil penipuan. Tanah ribu hektar,pun hasil tipu. Wang
> beratus juta juga, tipu punya hasil. Puas isterinya memberikan
kaunseling
> agar Hj.Teepo berhenti menipu, namun tak dihiraukannya.
>
> Kerana makan terlalu banyak dan mewah, dinner tiap-tiap malam (orang
> belanja of course), exercise tarak, satu hari Hj.Teepo disahkan oleh
doktor
> mengidapi penyakit barah dan disahkan akan padam dalam m asa sebulan.
Maka
> teramatlah hiba hati Hj.Teepo nak meninggalkan dunia ini, tambah pula
> mengenangkan segala aktivitinya selama ini.
>
> Maka dipanggillah anak isterinya untuk berwasiat. kain yang dah
buruk,
> koyak pun tak apa, buat kain kapan aku. Aku dah banyak merasa
kemewahan
> didunia ini. Biarlah kain buruk yang ku bawa ke akhirat," jelas
Hj.Teepo
> dengan genangan air mata. "Kenapa begitu bang?" tanya isterinya.
"Saja
aku
> nak merasa pakai kain buruk pula," jawabnya lagi. Isterinya terdiam,
tapi
> hatinya berbisik, "Syukurlah, walau dah agak terlambat, ada juga
kesedaran
> dan keinsafan dihati suamiku."
>
> Maka tempoh sebulan cuma tinggal 24 jam lagi. Dengan wajah sugul,
> Hj.Teepo berbaring dikamarnya. Kain putih yang dah lusuh dan terkoyak
sana
> sini telah siap disediakan. Untuk terakhir kali, siisteri menghampiri
> Hj.Teepo. "Bang", bisiknya perlahan. "Buat kali terak hir sebelum
abang
> meninggalkan kami, berilah tahu kenapa abang nak dikapankan dengan
kain
> yang
> dah buruk. Sedih saya melihat keadaan kain itu bang. Apakah abang
telah
> insaf dan bertaubat dengan perbuatan abang selama ini?"
>
> Hj.Teepo merenung isterinya lama-lama dan bersuara, "Baiklah, mari
rapat
> kepadaku" isteri Hj.Teepo terus menghampiri suaminya. Dengan nada
yang
> sedih
> Hj.Teepo bersuara, "Yang, you pun tahu,terlalu banyak dosa yang I
lakukan
> selama ini. Berapa ramai orang yang dah I kelentong. Jadi cukuplah
> kemewahan
> yang I rasakan. Biarlah I dikebumikan dengan kain buruk saja."
Isterinya
> masih ragu-ragu.
>
> "Apakah abang fikir dosa-dosa abang boleh diampunkan dengan berkain
> kapan
> yang buruk begitu?" tanyanya lagi.
>
> "Bukan begitu Yang. Kalaulah abang pakai kain kapan yang buruk, nanti
> Malaikat Mungkar dan Nakir fikir abang dah lama mati. Mere ka juga
akan
> fikir
> abang dah kena soal. Taklah nanti mereka soal abang lagi. Jadi
selamatlah
> abang...."
>
> "Astaghfirullah hal 'aziiiiiiiiiim" isteri Hj.Teepo terus terlentang
> kerana terkejut berok dengan penjelasan suaminya.
>
> P/S: Mati pun nak kelentong. Nak kelentong Malaikat pulak tu.....

9] seorang mamat yang gemuk masuk ke fitness center utk menguruskan
> badan.. seorg lelaki di kaunter bertanya kepada mamat tadi,
>
> "kami menawarkan 2 program disini... RM 50 utk versi'biasa' dan RM
> 100 utk versi 'cepat'."
>
> mamat tu pon berkata, " saya ingat yang biasa lah sbb saya ni baru nak
> try kuruskan badan."
>
> " ok, encik sila masuk ke bilik no.5 di penjuru bilik sana," jawab
> penjaga kaunter.
>
> mamat tadi pon masuk la ke bilik itu dan menutupnya. selang 2 minit
> kemudian, seorang wanita cantik, lawa, body best, mantap masuk ke
> dalam bilik itu. dia kemudian menanggalkan pakaiannya sehingga
> menyebabkan mamat tu tak senang duduk,berpeluh.
>
> perempuan tadi berkata," kalu tuan dapat tangkap saya, tuan boleh buat
> apa saja dgn saya... hikhikhikk" dan dia terus berlari dalam bilik
> itu. mamat tadi pun kejar la.. kejar punya kejar samapai 10 minit pon
> tak dapat lagi. tapi mamat tu kejar lagi sampai terjatuh terjelepok
> lalu pengsan.
>
> apabila dia sedar, dia bangun dan terus ke penimbang dan mendapati
> beratnya dah turun 3 kg. " wow.. mmg senang nk turun berat bdn,..
> memang berbaloi aku bayar RM 50 td"katanya seoarng diri.
>
> keesokkan harinya dia datang semula ke tmpt tersebut. dia ditegur oleh
> pemuda di kaunter. setelah diberi penerangan seperti semalam.. mamat
> tadi memilih utk mencuba versi 'cepat' pula.
>
> "baiklah, encik masuk bilik no. 6 di situ ya.."kata penjaga kaunter.
>
> setelah beberapa minit didalam bilik itu, datangla seorang body
> builder yang badannya tough dan terus melondehkan pakainnya. body
> builder itu berkata " saya akan kejar kamu dlam bilik ini, dan kalu
> saya dapat ... ... hehhehheee"


10] Salman (bukan nama betul) pulang dari kerja satu petang dan terdengar suara isterinya dalam
bilik mengerang. Dia berlari naik ke bilik dan melihat isterinya terlantar di katil berpeluh tanpa pakaian.
"Kenapa ni sayang?" tanya Salman. "I diserang sakit jantung", jawab isterinya. Salman berlari ke bawah
untuk menalipon doktor tapi belum sempat dia talipon, anaknya yang berumur 5 tahun berlari datang dan
berkata,
"Papa, acik Lan ada bawah katil ayah tak pakai suar."

Salman mula naik angin dan naik semula ke biliknya. Memang betul Mazlan (bukan nama sebenar)
jiran mereka ada di bawah katil tanpa pakaian. Salman menarik Mazlan keluar dan berkata,
"Lahanat kau Lan, isteri aku kena sakit jantung. Kau pulak cuba menakutkan anak aku ye?"

No Response to "CERITA LAWAK III"

Leave A Reply