Friday, June 23, 2006
Mingguan Misteri Edisi 01 Mac 2006
PELABUHAN KLANG,seorang nelayan muda dari Kampung Nelayan,Telok Gong dekat sini sering dikencing langsuir ketika menangkap ikan di waktu malam di pinggir hutan bakau di sekitar Pulau Klang,Pulau Selat Kering dan Pulau Cik Mat Zin di perairan Pelabuhan Klang.
Seperti apa di ceritakan,nelayan yang berusia 30 tahun itu menyatakan bahawa langsuir itu sering kencing ke atasnya ketika beliau berehat dan berbaring di dalam sampan di bawah pokok-pokok rendang di tepi pantai berlumpur sambil menunggu pancing dan rawai yang telah dipasang.
Nelayan yang enggan di kenali identitinya memberitahu bahawa air kencing langsuir itu amat banyak dan baunya amat busuk dan hancing.Selepas kencing,langsuir itu akan mengilai dengan dengan hilaian yang amat menyeramkan sambil melayang ke pokok lain dan kelihatan seperti layang-layang kertas yang besar berwarna putih.
Adalah dipercayai langsuir itu adalah hantu peliharaan seorang perempuan tua tempatan dan memang kelazimannya langsuir suka bergurau dengan sesiapa juga yang kenal baik dengan tuannya.
"Perbuatan Kencing": yang dilakukan oleh langsuir itu adalah gurauan kerana saya kenal baik dan merupakan jiran sekampung dengan pemilihara langsuir itu.kata nelayan tersebut
Nelayan itu menjelaskan bahawa ramai nelayan-nelayan pantai telah menjadi mangsa kencing langsuir yang biadap itu dan jika tidak dapat kencingkan manusia langsuir itu akan kencing di atas bumbung-bumbung rumah tertentu.
Nelayan tersebut dan penduduk setempat amat kesal dengan kejadian itu.Ramai yang berpendapat bahawa tidak guna membela hantu langsuir itu kerana ia tidak mendatangkan faedah malah ia merupakan dosa yang amat besar.Adalah lebih baik membela ternakan seperti ayam,itik,lebu atau kambing kerana ia bukan sahaja mendatangkan faedah malah boleh meningkatkan taraf hidup.
_________________
No Response to "Mingguan Misteri Edisi 01 Mac 2006"
Leave A Reply